Monday, October 8, 2012

GOOGLE MAP TANGKAP GAMBAR UFO DI TEXAS (2 GAMBAR)


Google Map Tangkap Gambar UFO Di Texas? Biar betul? Ufo adalah antara objekmisteri yang menjadi tanda tanya sama ada ia benar terdapatnya alien wujud di dunia ini. Sepertimana yang banyak tersebar seperti video dan gambar-gambar ufo dirakamkan dan ada juga yang menjumpaibangkai alien di Russia.


Objek terbang tidak dapat dikenal pasti (UFO) di dua kawasan berbeza di Texas telah dapat dilihat menerusi aplikasi Google Maps sehingga mencetuskan persoalan mengenai kesahihannya.

Difahamkan, objek misteri berwarna merah sedang berlegar-legar itu dapat di Jacksonville di Texas dan Sky City Casino Hotel di Acoma Pueblo di New Mexico.

Beberapa pihak membuat andaian bahawa objek tersebut mungkin terhasil daripada tindak balas lampu kilat kamera atau pantulan cermin dari restoran berhampiran.

Wartawan stesen KLTV-TV, Jamey Boyum berkata, tiada penduduk yang mendakwa mereka ada melihat objek pelik di Jacksonville walaupun ia dapat dilihat dengan jelas menerusi aplikasi Google Street View itu.

"Kami telah menghubungi Google tetapi mereka belum memberi sebarang maklum balas," katanya. -MailOnline

-taotauajer

SUMBER : SH


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More