Friday, October 19, 2012

Hans Isaac buat Neelofa tertekan? Ye keee?


Neelofa mengakui dia cukup tertekan dengan kisah hubungannya dengan pelakon senior Hans Isaac yang semakin hangat diperkatakan media.

Walaupun dikatakan sedang hangat menjalin hubungan cinta, pelakon filem Azura itu memberitahu, bagi mengelakkan tekanan, dia tidak mahu membuat sebarang ulasan mengenai status hubungannya dengan aktor tersebut buat masa sekarang.

"Kenyataan Hans yang mengatakan kami sedang berkawan serius telah mengundang situasi tidak terkawal ke atas diri saya. Sebab itu, maaflah, saya tidak boleh komen apa-apa lagi, tolonglah faham" katanya.

Ketika ditanya apakah benar hubungannya dengan Hans sudah ke tahap semakin serius, Lofa bagaimanapun tidak menafikan atau mengiyakan.

"Saya tidak boleh kata ya atau tidak. Itu saja, saya tak mahu mengusutkan lagi keadaan. Saya rasa soal hubungan kami, lebih baik tanya dia saja. Biar dia jawab, sebab dia di pihak lelaki," katanya.


p/s: Ye ke tertekan??? Bergambar berpaut bukan main macam tu tandanya tertekan lah yee..?? Puiii...

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More