Wednesday, October 10, 2012

Inikah model Sedan terbaru PERODUA..??


Gua diberitahu bahawa PERODUA akan mengeluarkan model baru kereta sedan yang berkapasiti enjin lebih besar dari 1.5L.

Dan gambar-gambar ni dikatakan sebagai prototype model yang bakal dikeluarkan nanti..

Sebelum ini PERODUA hanya dibenarkan mengeluarkan kereta kompak dengan kapasiti enjin di bawah 1.5 liter dan tidak boleh membuat atau memasang kereta dengan kapasiti enjin lebih daripada yang ditetapkan.

Namun begitu gua difahamkan, kerajaan sedang menyemak aturan perjanjian sediaada dan menimbang untuk menarik semula larangan yang dikenakan kepada PERODUA sebelum ni.

Kerajaan sekarang ni tengah melaksanakan Dasar Automotif Nasional (NAP) untuk menjadikan pasaran automotif tempatan lebih terbuka dalam setiap aspek rantaian industri kereta.

So mungkin sebab ni la syarat kepada PERODUA tu akan dilonggarkan..

Sejak ditubuhkan, PERODUA hanya terbabit dalam pemasangan dan pengeluaran kereta segmen di bawah 1.0 liter (Kancil, Kelisa, Kenari dan Viva); 1.3 liter (Kembara dan Myvi); dan 1.5 liter (Alza dan Myvi Extreme).

Apapun, gua harap perodua akan mengeluarkan model sedan yang murah dan menarik. Dan harapnya keluaran tu nanti sesuai dengan citarasa rakyat negara ini ye..





0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More