Wednesday, October 17, 2012

Isteri orang kantoi berasmara dalam van di Kulim.. Kedah Sejahtera!!!

Seorang wanita beranak enam berusia 36 tahun ditahan bersama pasangannya di dalam sebuah van pekerja yang diletakkan di tempat gelap dan dalam keadaan enjin dimatikan di belakang sebuah stesen minyak di kawasan Taman Selasih Zon Dua, Kulim Kedah, kira-kira jam 9 malam kelmarin.

Ketua Skim Rondaan Sukarela (SRS) Komuniti, Rizal Md Saad berkata, dia bersama anggota polis dan ahli SRS pergi ke tempat kejadian selepas menerima aduan penduduk.

Menurutnya, ketika pemeriksaan, polis mendapati pasangan lelaki yang bekerja sebagai pemandu van berusia 26 tahun dan masih bujang berbaring di kerusi pemandu, manakala pasangannya duduk di kerusi penumpang.

“Selain itu terdapat kesan lebam di leher pasangan perempuan, manakala tudungnya sudah dibuka. Pemeriksaan mendapati kedua-dua bukan mahram.

“Pasangan terbabit memberikan pelbagai alasan elak ditahan dan mereka dibawa ke Balai Polis Kulim untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kedua-dua pasangan itu kemudiannya diserahkan kepada pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK) untuk tindakan lanjut.

Rizal berkata, sehingga hari ini, ramai pasangan kekasih yang menjadikan stesen minyak itu sebagai tempat melakukan perbuatan maksiat.

“Kami tidak akan berkompromi atau menanggung dosa mereka terlibat, sekiranya tidak mengambil tindakan terhadap mana-mana pasangan yang melakukan maksiat di kawasan taman perumahan kami.

“Saya menasihatkan mereka supaya jangan melakukan perbuatan terkutuk itu di sini dan mencemarkan imej penduduk Taman Selasih,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya mereka merasakan alam percintaan mereka itu tidak dapat dikawal lagi, beliau menasihatkan mereka agar segera bernikah.

“Dengan cara ini mereka dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan mungkar,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More