Wednesday, October 24, 2012

Isu Kes Curi Di H&M Hanya Gimik Populariti!


Masih lagi bercerita mengenai kes mencuri baju di gedung yang baru dibuka di ibu kota, gedung beli-belah pakaian H&M pada bulan lalu.

Mengikut cerita gosip yang tersebar meluas dalam dunia hiburan, pasangan artis adalah suspek utama yang mencuri sehelai baju bernilai RM2,000.

Dikatakan pasangan itu telah keluar dari gedung beli-belah tersebut tanpa membuat pembayaran terlebih dahulu.

Malah, ada juga beberapa pihak mendakwa pasangan artis itu sememangnya kaki curi walaupun mempunyai duit yang banyak.

Nama pasangan artis yang diheret dalam isu mencuri ini ialah Awal Ashaari dan isteri, Scha Al-Yahya.

Maklum balas awal yang dibuat adalah dari pihak Scha sendiri yang melahirkan rasa kesal dan runsing dengan isu yang dia dan Awal tidak ketahui puncanya.

Kata Scha, dia pening dengan dakwaan tersebut dan mengakui tertekan kerana nama dan imejnya tercalar.

Begitu juga dengan Awal. Dia menganggap kes curi itu sebagai kes bodoh dan tidak sepatutnya timbul kerana mereka berdua menyatakan secara rasmi dijemput oleh pihak H&M sendiri.

Awal turut memberitahu kepada media isterinya mengalami tekanan.

Ekoran dari kes ini, Awal dan Scha sudah pun berjumpa dengan pihak pengurusan H&M untuk mendapatkan penjelasan dari pihak gedung tersebut.

Namun, gedung beli-belah itu menafikan berlakunya sebarang kecurian.

Tetapi, hingga ke hari ini, tiada sebarang kenyataan keluar dari pihak H&M. Awal dan Scha juga memberitahu H&M enggan memberikan sebarang kenyataan dalam menyelesaikan kes ini.

Beberapa sumber Mynewshub.my memberitahu, kes yang konon-kononnya berlaku sewaktu hari pelancaran pembukaan gedung H&M adalah gimik sahaja untuk mendapatkan tarikan dan populariti dari orang ramai. Benarkah?

Maklumlah, gedung H&M adalah jenama yang terkenal di luar negara.

Jadi, apabila pertama kali dibuka di Malaysia, tentulah mempunyai cara dan promosi untuk melariskan produk mereka.

Apa-apa pun, mungkin pihak H&M menunggu masa yang sesuai untuk memberikan kenyataan balas? Mungkin juga.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More