Thursday, October 18, 2012

Kalau tak tipu bukan Ah Beng lah namanya beb...

Ketua Menteri, Lim Guan Eng enggan memberi penjelasan berhubung tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang tidak membelanjakan wang dalam Akaun Amanah Perumahan Bumiputera berjumlah RM33.36 juta.

Setiausaha Agung DAP itu sebaliknya cuba berdolak-dalik dan menyifatkan Utusan Malaysia berniat jahat kerana membangkitkan perkara tersebut.

"Dahulu Utusan Malaysia cakap lembaga itu tidak wujud tetapi sekarang wujud dan ada wang di dalamnya tetapi masih juga mahu menghentam.

"Biarlah rakyat yang menilai kerana kerajaan negeri memang telah membina rumah kos rendah. Saya tidak mahu layan fitnah jahat Utusan Malaysia dan jangan putar belit lagi," katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di sini hari ini.

Semalam, Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Mohd. Nor Suhaili Jamali meminta Guan Eng memberi penjelasan berhubung tindakan kerajaan negeri yang tidak membina rumah mampu milik atau kos rendah untuk rakyat walaupun mempunyai sejumlah wang yang banyak iaitu RM33.36 juta.

Berdasarkan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pulau Pinang Tahun 2011 dalam Laporan Ketua Audit Negara, jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak RM12.25 juta atau 58 peratus berbanding RM21.11 juta pada tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, sikap berat sebelah Guan Eng dapat dilihat apabila beliau `mengiktiraf’ Laporan Audit Negara yang memberi penilaian baik kepada negeri itu mengenai lebihan kewangan sebanyak RM138 juta bagi tahun lalu yang disifatkan sebagai rekod terbaik.

Bagaimanapun, Guan Eng kembali menunjukkan reaksi tidak senang apabila dimaklumkan oleh wartawan bahawa punca sebenar peningkatan dalam akaun hasil kerajaan negeri adalah daripada wang dalam Akaun Amanah yang disalurkan ke situ.

“Anda tidak boleh lihat dari satu aspek sahaja. Ini adalah laporan Ketua Audit Negara dan boleh semak dengan pihak tersebut," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More