Thursday, October 18, 2012

Nurul Izzah cabar pemimpin bacul BN berdebat..

Nurul Izzah Anwar mencabar Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) berdebat mengenai masalah yang dihadapi penduduk Lembah Pantai.

“Saya sedia berdebat tentang isu penduduk, perumahan dan apa-apa saja demi kebajikan rakyat,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu kepada Keadilan Daily.

“Kalau Presiden Amerika (Barack Obama) boleh berhujah dengan pesaingnya, kenapa kita tidak?” tegas Naib Presiden KEADILAN itu.

Suara Keadilan minggu lalu melaporkan kezaliman Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) yang mahu menukar Kompleks Niaga Utama Bandar Utama Bangsar (KNUBUB) menjadi pangsapuri tanpa menyediakan tapak alternatif kepada peniaga.

Lebih malang apabila Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin, langsung tidak berusaha menolong peniaga di situ.

Sebelum ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut bertindak zalim apabila mengarahkan peniaga pasar malam Kampung Kerinchi menghentikan perniagaan bagi memberi laluan projek pembangunan di kawasan itu.

Kerajaan tetap berdegil meneruskan kedua-dua pembangunan tersebut dengan mengetepikan kesusahan penduduk.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More