Wednesday, October 17, 2012

Kamera AES berhantu!!! Jangan tengok kalau takut!!

Kat bawah ni ada satu video mengenai Kamera AES yang dikatakan 'berhantu'.. Kamera tu bukan saja tangkap gambar pemandu laju.., tapi pemandu yang bawak slow pun dia tangkap beb..

Sungguh misteri !! Apakah kamera AES ni ada kaitan dengan balas dendam mangsa kemalangan dikawasan tersebut, atau ia memang sengaja dibuat macam tu.. Korang tengok sendiri video tu kat bawah ni nanti ye...

Sebut pasal AES ni.., gua nampak ada yang tak setuju dan ada yang sokong sistem tersebut.. Tak kisah lah beb.., kita semua ada hak untuk bersuara..

Tapi satu perkara yang paling best.., ada pihak dah anggap sapa yang hentam AES ni adalah termasuk dalam kategori pembangkang..

Persoalannya.., betul ke sapa yang tak setuju dengan sesetengah tindakan kerajaan tu sebenarnya pembangkang beb?

Habis.., kalau ada tindakan kerajaan yang tak berapa elok, kena setuju je lah yee..? Tak boleh kritik langsung lah yee..? Kalau kritik, terus dianggap sebagai talibarut pembangkang lah yee..?

Macam gua ni.., gua tak bising kalau tak pernah dapat bonus dan kenaikan gaji dari kerajaan.. Gua juga tak meroyan dan tak boikot parti kalau tak dapat jawatan..

Gua juga tak pernah bodek untuk dapat projek dari kerajaan atau bising bila ada individu lain dapat mahsyuk ribu-ribu dari pemimpin..

Gua pun tak pernah kisah bila ada bini pemimpin tak pakai tudung sebab gua rasa itu tanggungjawab suami, bukan gua yang tak ada sebarang hubungan ni beb..

Dan gua tak pernah kacau anak-anak pemimpin dan kroni-kroni VIP dapat laba beratus juta asalkan dia layak serta mampu buat kerja..

Yang paling penting.., gua tak pernah miss undi kerajaan walaupun gua tak pernah dapat bantuan satu sen pun dari wakil rakyat kawasan gua untuk kesenangan hidup..

So...., adakah hanya kerana gua bantah pasal AES dan mengkritik tindakan yang boleh merugikan kerajaan, gua dianggap sebagai pembangkang???

WTF!!! Memang Hantu betul lahh!!!


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More