Sunday, October 28, 2012

Kenali Etika Blogging!

Copy paste entri atau artikel blog lain sudah menjadi lumrah dalam kehidupan seorang blogger.
Blogger perlu kreditkan setiap entri yang di copy kepada pemilik asal artikel sebagai tanda penghargaan.
Ada bermacam-macam cara untuk kita kreditkan entri kepada pemilik asal.
Tapi, sejauh manakah cara anda kreditkan artikel kepada pemilik asal itu boleh dikira sebagai beretika?


Cara paling popular adalah dengan meletakkan saja nama blog pemilik asal artikel.
Contohnya, sumber : Illustrasiaaku
Cara ini adalah cara paling kedekut.

Cara yang kurang popular sekarang adalah meletakkan link pemilik asal artikel.
Contohnya, sumber : http://www.illustrasiaku.com/ atau sumber
Cara ini adalah cara paling beretika.

Cara yang tak seberapa nak popular pula adalah meletakkan link ping busuk kepada pemilik asal.
Tak pasti la cara ini win win situation atau tidak. Tapi, kalau nak betul-betul kreditkan, letak la link beliau sebaiknya.

Namun sejauh manakah ketulenan artikel itu dan bagaimana cara untuk mengetahui ia adalah hasil penulisan si pemilik "asal" itu sendiri?
Contohnya, dia mengambil entri dari negara jiran Indonesia kemudian dia translate ke bahasa melayu.
Adakah wajar dia mengisytiharkan yang entri itu adalah miliknya?
Andai dia sudah translate entri itu, pastinya dia tidak akan kreditkan entri yang berkenaan kepada pemilik asal entri tersebut yang berasal dari Indonesia.
Dari pandangan lain pula, adakah entri itu 100% milik asal penulis Indonesia itu?
Anda fikir-fikirkanlah.
Contoh paling senang saya bagi, anda translate senaskah buku Harry Potter bahasa inggeris ke bahasa melayu. Adakah buku itu menjadi hak cipta anda atau adakah ia secara automatik menjadi hasil tulisan anda?

Jadi, wajarkah anda menyerang blogger yang baru nak naik untuk kreditkan artikel yang diambil dari blog anda untuk kreditkan artikel tersebut pada blog anda?
Mungkin juga si blogger baru itu mengambil artikel dari blog lain yang tidak disertakan sumbernya.

Saya bukan menyokong copy paste.
Saya juga kadang-kadang rasa kecewa andai post saya diambil tanpa kredit.
Tapi, benda ni dah terbiasa sampai saya pun dah lali nak fikir.
So, biarkan aje la!


Tapi, sepatutnya anda tidak perlu risau.
Andai anda adalah orang pertama yang menerbitkan artikel itu, pasti anda akan berada di tangga pertama engine carian google.
Andai sebagai seorang blogger seharusnya tahu apa beza pembaca (mereka yang betul-betul berminat menacari maklumat) dan pembaca dari kerabat blogger (yang mencari sumber untuk diterbitkan).

Mungkin backlink itu juga adalah cara untuk meningkatkan trafik blog anda.
Namun, andai anda sendiri pun copy paste entri lain tidak kreditkan kepada pemilik asal DENGAN CARA SEPATUTNYA, anda memang tidak layak untuk diberi kredit.
What goes around, comes around.

Jadi, anda fikirkanlah yang mana baik untuk anda.
Kalau saya sendiri, kalau ada blogger lain claim post itu adalah miliknya, saya terus terminate post itu.
Sebab, kebanyakan sumber yang saya ambil adalah dari BLOG YANG TAK MENYERTAKAN SUMBER.
Tapi, entri ini memang 100% hasil penulisan saya.
Nak kredit ke tak nak terpulang.

Untuk blogger baru, saya ada tips baik untuk anda semua.
Sila check entri yang saya sertakan di bawah.
Yup, semua entri ini juga hasil penulisan saya.
Ada juga blogger yang mengambil tanpa kreditkan kepada saya.
Tapi, saya tak kisah.
Lantak korang la labu!
Saya masih percaya, lain blog lain rezekinya.
Sori pasal iklan tu, saya nak beli domian.
Hulurkan tangan ringankan beban!
As- Salam!

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More