Monday, October 15, 2012

Lelaki Ini Mati Selepas Memenangi Pertandingan Makan Lipas



Seorang lelaki asal South Florida, Amerika Syarikat, mati setelah memenangi pertandingan makan serangga yang berhadiah seekor ular python.
Lelaki 32 tahun itu mengikuti lumba “Eat Bugsfor Balls” yang diadakan oleh kedai haiwan Ben Siegel Reptile Store diDeerfield Beach. Dalam lumba ini, Archbold dan para peserta lain diwajibkan memakan serangga yang terdiri daripada cacing dan lipas sebanyak-banyaknya dalam waktu yang telah ditentukan.
Naas, setelah ditetapkan sebagai pemenang, Archbold muntah dan terus pengsan di depan kedai. Tak lama setelah dilarikan ke hospital, seperti dipetik Huffington Post, Archbold meninggal dunia.
Anggota polis yang terlibat dalam penyiasatan kematian Archbold mendapati tidak ada satupun peserta lain yang mengeluh sakit seperti mangsa. Hingga saat ini belum diketahui penyebab pasti kematianArchbold.
Peguam Ben Siegel Reptile Store, Luke Lirotmenegaskan, serangga-serangga yang dimakan para peserta yang dijamin selamat dan tidak berbahaya.
“Serangga-serangga ini diambil dari pengembangbiakan dan dipelihara di persekitaran dengan pengawasan penuh. Serangga ini dikembangbiakan sebagai makanan reptilia,” ujar Lirot.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More