Sunday, October 28, 2012

Mahali Bakal Mewakili Pasukan Selangor!


KUALA LUMPUR : Pemain pertahanan kanan Harimau Muda A, Mahali Jasuli mengesahkan bahawa beliau akan menyarung jersi pasukan Selangor bermula musim depan kerana telah melebihi had umur untuk bermain dengan pasukan remaja kebangsaan itu.

Skuad Harimau Muda A terdiri daripada pemain berusia 23 tahun dan ke bawah yang dikendalikan oleh Ong Kim Swee.

Anak jati Selayang Baru, Selangor berusia 23 tahun itu berkata, beliau memilih untuk bermain bersama skuad Merah Kuning musim depan kerana pernah mewakili skuad bawah 19 tahun Selangor pada zaman remaja.

“Saya telah lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh pegawai dari Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) pada minggu lepas dan bakal menandatangani kontrak dalam tempoh terdekat,” katanya di sini hari ini.

Beliau merupakan pemain kedua yang mengesahkan untuk bermain dengan pasukan juara 32 kali Piala Malaysia itu selepas pemain tengah Negeri Sembilan S. Kunalan menyatakan hasrat yang sama semalam. BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More