Tuesday, October 23, 2012

Maizurah Hamzah bertudung kerana fitrah..

Walaupun muncul dengan imej bertudung, Maizurah Hamzah tetap seperti dahulu. Yang berbeza hanyalah penampilannya.

Pakaian ringkas dan longgar serta tudung yang dikenakan menjadikan keanggunannya terus menyerlah.

Maizurah atau mesra disapa Mai yang satu ketika dulu adalah aktres dan penyanyi popular yang berasal dari Singapura, kini lebih gemar membicarakan tentang buku hasil penulisannya sebagai fokus utama perbincangan.

Bagaimanapun bagi ibu kepada empat orang cahaya mata ini, bukan bermakna bidang hiburan telah dilupakan terus. Cuma dia mahu mencari keseimbangan antara pendidikan dan hiburan.

Malah katanya, bidang pendidikan dan hiburan memang sukar dipisahkan terutamanya untuk kanak-kanak prasekolah.

Ketika ditanya mengapa beliau memilih untuk berubah setelah sekian lama tampil dengan imej agak moden, Maizurah berkata ianya adalah ketentuan dariNya.

"Syukur Alhamdulillah, inilah fitrah kita yang sebenar dan saya kini kembali kepadanya," katanya lembut

"Sekiranya kita mahu membuat satu perubahan maka kita kena betulkan diri kita dahulu kemudian perubahan positif tersebut akan kita kecapi secara perlahan-lahan," jelasnya.


p/s: Baguslah kalau dah berubah demi agama.. Jangan pulak berubah hanya kerana nak cari makan di atas pentas ceramah politik dah laaa...

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More