Sunday, October 14, 2012

Nurul Izzah tuduh Felda 'LIWAT' peneroka sawit..

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini menyelar tindakan Felda membeli harga buah sawit segar di bawah harga pasaran yang akan menjejaskan pendapatan peneroka.

Anak perempuan Anwar ini juga berkata, Felda hanya membayar kira-kira 10 peratus daripada harga pasaran.

Bercakap dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, maklumat itu diperoleh daripada memo yang dihantar menggunakan kepala surat Felda Palm Industries Sdn Bhd.

Memorandum itu memaklumkan, berkuat kuasa 1 Oktober, semakan semula harga tandan buah segar (FFB) berdasarkan harga pasaran Crude Palm Oil (CPO) ditolak RM200 untuk setiap tan metrik.

Tindakan itu, seperti dibacakan Nurul Izzah, diambil ekoran pasaran yang tidak stabil dan permintaan rendah.

Justeru, anggota Parlimen Lembah Pantai itu berkata, peneroka sekarang mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 50 peratus.

Beliau menyifatkan situasi itu ibarat "sudah jatuh, ditimpa tangga".


p/s: Sejak bila pulak Nurul Izzah ni tahu pasal Kelapa Sawit? Kalau nak kata Felda tipu peneroka, Nurul patut belasah juga bapaknya yang selalu tipu rakyat..

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More