Saturday, October 13, 2012

Pakar Hairan Mengapa Dah 17 Mesin ATM Di Malaysia Berjaya Dipecahkan
























Pakar Hairan Mengapa Dah 17 Mesin ATM Di Malaysia Berjaya Dipecahkan  - BACHOK : Kementerian Kewangan mahu pihak bank yang mempunyai mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di kawasan berisiko tinggi berlaku rompakan supaya segera memindahkannya ke kawasan lebih selamat.


Timbalan Menterinya, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, pihak bank juga diwajibkan mengadakan mesin ATM yang baru bertaraf piawaian antarabangsa yang sukar dipecahkan.

Pihak bank juga diwajibkan memasang sistem penggera yang dapat didengar dari jauh oleh pasukan keselamatan apabila ia dipecahkan, katanya.

“Di samping itu mereka juga perlu memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan kerap mengadakan rondaan oleh pasukan keselamatan,” katanya kepada pemberita selepas menyampai elaun sara hidup kepada 540 nelayan, yang keseluruhan berjumlah lebih RM100,000 di Perupuk di sini hari ini.

Awang Adek berkata, sehingga ini, sebanyak 17 kes rompakan mesin ATM telah dilaporkan dengan kerugian bernilai jutaan ringgit, yang sebilangan besarnya berlaku kerana pihak bank tidak melakukan ciri-ciri keselamatan yang mencukupi.

“Malah bangunan yang tempatkan mesin ATM itu juga tidak dibina dengan mempunyai unsur kekebalan menyebabkan ia mudah dipecahkan,” katanya.

Beliau turut berkata, kes mesin ATM dipecahkan jarang berlaku di negara lain dan kes yang berlaku di negara ini menghairankan para pakar keselamatan dalam dan luar negara dengan kejadian seperti ini mesti dibendung segera. – Bernama

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More