Wednesday, October 10, 2012

Pelik..!!.Budak Ini Boleh Meninggal Jika Dia Makan

Banyak anak lelaki yang memasuki usia remaja mempunyai pola makan yang tidak normal dan sering kali memilih-milih makanannya. Namun bagi Joshua, menu bukanlah hanya sekadar masalah pilihan, tapi juga hidup dan mati.
Joshua (9) dari New York menderita penyakit jarang ditemui disebut eosinophilic esophagitis, yang bererti bahawa ia mengidap alergi yang teruk terhadap hampir semua makanan. 


Sebut saja pizza, hot dog, mentega kacang, dan cemilan normal boleh membuat budak lelaki ini muntah dan cirit-birit teruk.




Bahkan aroma makanan dapat menjadi sesuatu yang parah bagi dia. Ini bererti bahawa orang tuanya harus memasak makanan untuk seluruh keluarga di luar rumah.
"Hal yang paling sukar bagi saya adalah bahawa dia tidak boleh makan apa yang kita makan." Tutur si ayah, Brant kepada Anderson Cooper.



Satu-satunya yang boleh dimakan Joshua adalah makanan bayi. Selain itu ia mendapat nutrisi dari seorang doktor yang meresepkan susu formula yang dimasukkan melalui tabung ke dalam perutnya.
Akibat alerginya yang parah, Joshua tak boleh ke sekolah dan terpaksa diajar oleh ibunya di rumah.


"Setiap pagi Joshua bangun pukul 06.45 dan biasanya itu kerana ia mendengar bus sekolah," katanya.
"Kadang-kadang ia menangis ketika ia melihat ke luar jendela kerana tidak boleh menaiki di bas sekolah. Ia tidak akan pernah boleh menaiki bas sekolah dengan anak-anak lain seusianya. "Tambah si ibu.


sumber:komplikasi.com

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More