Monday, October 1, 2012

Pengantin Curi £200,000 Untuk Berkahwin


Seorang pengantin perempuan telah mencuri £200,000 dari majikannya untuk membuat bayaran kepada ahli silap mata, bunga api dan perkhidmatan bar untuk majlis perkahwinannnya, telah dipenjarakan selama 20 bulan.

Kirsty Lane, 30, membuat keputusan untuk mencuri wang daripada majikannya bagi majlis perkahwinannya dengan Graham Lane pada bulan januari tahun lalu.

Lane, berkhidmat sebagai pembantu akauntan sambilan di syarikat Pure Audio Visual, telah ditahan beberapa hari selepas majlis perkahwinannya, mula mencuri wang sedikit demi sedikit sebelum mula mencuri secara “besar-besaran”.

Mahkamah diberitahu bahawa Lane telah membuat 122 kali bayaran kepada akaun banknya dari Disember 2009 hingga Januari 2011.

Dia dikatakan telah mereka invois-invois palsu bagi mendapatkan wang daripada syarikat tersebut.

Kirsten McAteer, peguam bagi pihak pendakwa berkata bahawa,” Lane tidak boleh berhenti mencuri kerana dia takut dengan kemungkinan suaminya mungkin akan meninggalkannya jika rahsianya terbongkar.”

Kejadian tersebut dapat dihidu oleh Peter Sutton, Pengarah Urusan oleh syarikat tersebut, yang mengalami masalah untuk membahagikan bajet untuk dua pekerja syarikat tersebut akibat daripada kes penipuan ini.

Wang yang dicuri telah digunakan untuk menaiktaraf rumah, television 52 inci, jam tangan Tag Heuer dan nombor plat peribadi.

Lane telah disabitkan dengan 10 kesalahan penipuan dan mungkin 112 lagi kesalahan. Sutton berkata bahawa, dengan cukai, Lane telah mengakibatkan syarikat ini mengalami kerugian sebanyak £300,000.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More