Friday, October 26, 2012

Peragut Rentap Beg Tangan Pelajar Diberkas!


KUALA LUMPUR : Perbuatan dua peragut melarikan beg tangan milik seorang pelajar kolej wanita memakan diri apabila salah seorang daripada mereka ditahan selepas motosikal ditunggangi suspek terbabas ke dalam longkang berhampiran Kampung Wira, Taman Melati Wangsa Maju di sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 8 malam itu berlaku selepas dua peragut yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC merentap beg tangan mangsa yang berusia 23 tahun dari arah belakang.

Mangsa yang terkejut cuba mempertahankan beg tangannya namun beg tersebut kemudian direntap dengan lebih kuat menyebabkan mangsa terjatuh dan cedera di lutut sebelah kiri.

Beg tangan yang berada di bahu kanan mangsa berjaya dilarikan.

Bagaimanapun, sumber berkata, perbuatan suspek telah dilihat oleh dua anggota polis yang menaiki sebuah kereta peronda yang kebetulan membuat rondaan di kawasan tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More