Tuesday, October 9, 2012

Putera William, Kate Middleton Tunduk Pada Siapa?


Bertuah sungguh Asmidar kerana menjadi satu-satunya penyanyi baru yang berpeluang untuk membuat persembahan di hadapan Dutch and Dutchess Of Cambridge, Putera William, Kate Middleton dalam persembahan sempena makan malam diraja yang diadakan di Istana Negara, malam tadi.

Murai Batu diberitahu juara dalam pertandingan Vokal Bukan Sekadar Rupa ini telah membawakan lagu Dirgahayu Tuanku di dalam persembahan makan malam diraja tersebut.

Selain Asmidar, penghibur berpengalaman iaitu diva Dato Sheila Majid serta penyanyi lagu romantis kegilaan ramai iaitu Anuar Zain turut membuat persembahan pada malam itu.

Apapun, dalam acara makan malam diraja tersebut, kaki intip Murai Batu telah berjaya merakamkan foto Putera William dan Kate Middleton dalam keadaan menunduk. Kenapa diaorang menunduk dan diaorang tunduk pada siapa? Mesti korang semua nak tahukan?

Kaki intip Murai Batu pun beritahulah. Katanya Putera William dan Kate Middleton menunduk kerana mahu berbual dengan beberapa penari kanak-kanak yang comel.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More