Tuesday, October 23, 2012

Restoran Cheng Ho Ditutup Dengan Rasminya!

Umum mengetahui yang penyanyi legenda rock Malaysia, Amy Search mempunyai sebuah restoran bernama Cheng Ho.

Restoran yang bertemakan makanan Cina Muslim itu bertempat di Wangsa Maju.

Baru sebentar sahaja tadi Amy menghebahkan berita mengenai penutupan restorannya di laman sosial Twitternya sendiri.


“We would like to inform tht is Cheng Ho is officially shutdown. Sad but true..” tulis Amy di twitternya.

Selain itu, Amy juga turut memuat naik gambar restorannya dengan ‘caption’ yang sama di profil Instagram.

Tidak pasti pula jika penutupan restoran miliknya itu disebabkan cuti Hari Raya Aidiladha bakal tiba beberapa hari lagi, atau memang tutup terus!

Untuk rekod, Amy pernah disaman oleh Nik Muhammad Zakwan Nik Zahir yang berusia tiga tahun kerana mendakwa pekerja Restoran Laksamana Cheng Ho cuai sehingga menyebabkan bahagian belakang badannya melecur.

Nik Muhammad Zakwan selaku plaintif memfailkan saman itu melalui bapanya, Nik Zahir Nik Mohd. Idris

Amy dan Datuk Nik Aziz di hari-hari awal pembukaan restorannya dulu.

Berbalik pada kisah tutup ini, perkataan ‘officially’, itu agak lain macam bunyinya.

Apa-apa pun, kita tunggu sahaja kenyataan dari mulut Amy sendiri.

Tunggu…

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More