Sunday, October 28, 2012

Saiz, Bentuk, Baka Dan Keturunan Zakar!

Sejak dari dulu lagi, isu saiz zakar lelaki telah diperdebatkan. Namun begitu ia kurang dibincangkan secara terbuka di kalangan individu lelaki, yang mungkin kerana disebabkan malu. Menurut doktor pakar yang mengendalikan masalah kesuburan ketika di Pusat Kepakaran Manusia, beribu pejabat di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), beliau telah melihat dan mengkaji pelbagai saiz dan bentuk alat kemaluan lelaki ketika membuat pemeriksaan selain membuat tugasan mengukur isi padu kerandut kemaluan lelaki.


Kesan Saiz Zakar Keatas Hubungan Seks

Pada ketika melakukan rawatan dan kajian, beliau mendapati hampir keseluruhan lelaki/suami yang bersama isteri tidak menghadapi masalah walaupun zakar bersaiz kecil. Hal ini menunjukkan isu saiz zakar kurang wujud ketika dahulu berkemungkinan kurangnya pengaruh dan tekanan pada diri seorang lelaki itu. Pada suatu hari datang seorang lelaki yang nampak sihat dan bertenaga datang serta menyatakan hasratnya untuk menambah saiz zakarnya. Setelah membuat pemeriksaan didapati saiz zakar lelaki tersebut adalah normal baik dari segi saiz dan bentuk. Ketika itu juga dia teruja dan mewujudkan ereksinya yang mudah mengembang dan padat, membuatkan beliau mudah mengukurnnya (ada ketika jika tidak berlaku ereksi suntukan aakan diberikan dengan ubat pelancar darah bagi mengukur saiz dan bentuk sebenar zakar). Setelah diberikan kaunseling berkenaan cara sesuai mengendalikan penambahan saiz dan bentuk zakar, lelaki itu sangat berpuas hati dan berterima kasih. Hal ini jelas sekali menunjukkan bahawa saiz dan bentuk zakar juga merupakan faktor besar bagi pembentukkan jatidiri seseorang lelaki. Ia memang nampak kurang jelas namun ia hampir melibatkan semua lelaki. Saiz zakar turut mempengaruhi keyakinan dan emosi mereka.

Faktor gangguan sekeliling terhadap kesihatan zakar

Namun begitu itu waktu dahulu di mana beliau bekerja pada 20 tahun yang lepas. Pada ketika ini ramai di kalangan lelaki yang telah berkahwin datang untuk untuk mendapatkan nasihat beliau berkenaan saiz dan bentuk zakar mereka. Ramai juga yang datang dari segenap umur menceritakan masalah berkenaan saiz dan bentuk zakar yang mempengaruhi hubungan seks mereka. Hampir dari separuh yang datang untuk mendapatkan nasihat kesihatan zakar mengadu menghadapi masalah ereksi tidak sehala dan situasi di mana alat kelamin melengkung. Bagi lelaki yang berusia pula, ramai kes yang melibatkan zakar mereka telah mengecut dan mengendur tidak seperti ketika pada usia muda.

Keperluan merawat saiz dan bentuk zakar

Itu adalah dari pengalaman beliau ketika mengendalikan kes kesihatan zakar lelaki, yang berbagai ragam dapat dilihat. Menurut beliau hasil dari pemerhatian dan kajian, hanya 20 peratus kes yang melibatkan lelaki mempunyai zakar berukuran 10 centimeter ketika ereksi. Sebilangan yang lain mempunyai zakar bersaiz normal untuk lelaki Asia iaitu 10 hingga 14 centimeter ketika ereksi berlaku. Manakala ukuran lilita antara 1-15 centimeter. Pada pemerhatian juga, faktor saiz dan bentuk zakar adalah mengikut keturunan dan baka. Pada dasarnya, pembesaran zakar adalah dipengaruhi oleh faktor hormon Testosterone.

Hal ini menunjukkan ketumbesaran hanya akan terlihat pada ketika ia membesar dan ketika lelaki itu baligh. Ketumbesaran zakar sesorang lelaki dipengaruhi waktu ketika dia baligh sama ada awal atau lewat. Pembesaran alat kelamin lelaki berlaku hingga ke kemuncak baligh iaitu 20 tahun.

Apa yang jelas di sini, untuk mendapatkan bentuk saiz zakar yang diidamkan lelaki, perkara yang perlu difahami adalah kesihatan zakar itu sendiri. Pelbagai rawatan boleh dilakukan untuk mendapatkan saiz zakar yang diidamkan namun konsep asas yang perlu diterapkan adalah penjagaan zakar yang perlu ditekankan. Cara hidup dan cara seks yang sihat akan memberikan hasil yang berpanjangan terhadap keunggulan zakar. Menambah dan membentuk zakar yang unggul adalah alternatif yang boleh dilakukan mengikut keperluan seseorang lelaki bagi niat untuk memastikan isteri mendapat nafkah yang diperlukan. Keyakinan pada diri dan kepercayaan dalam hidup berpasangan suami isteri amat lah penting dan merupakan asas kebahagiaan rumahtangga.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More