Monday, October 22, 2012

Sapa sokong kamera AES dikawasan had laju 30km/j...?


Semalam masa bersembang dengan sorang member.., gua tanya dia.., perlu ke kamera AES tu dipasang dikawasan yang had lajunya 30km/j?

Member gua jawab, tak perlu pasang kamera AES.., tapi lagi baik buat bonggol jalan dikawasan speed limit 30km/j untuk memperlahankan kenderaan..

Gua tak puas hati dengan jawapan member gua tu.. Sebab, kalau buat bonggol pun dorang akan bawak laju jugak beb.. Silap-silap kita boleh tengok "kereta terbang" nanti bila buat bonggol..

Dan cadangan gua, adalah lebih baik kalau pihak kerajaan mewajibkan JPJ atau Polis buat roadblock tiap-tiap hari selama 24 jam dikawasan had laju rendah tu..

Gua rasa kaedah tu lagi berkesan beb sebab pemandu di Malaysia ni dah terbukti lebih takutkan Polis dan JPJ daripada kamera atau bonggol..

Member gua bantai gelak besar.. Dia kata, mahu ke Polis atau JPJ buat roadblock setiap hari dikawasan-kawasan tersebut? Kalau betul.., tak perlu la kamera AES dipasang di lebuhraya dan lampu isyarat.., kata beliau..

Dan dengan selamba je gua cakap.., kan Menteri Pengangkutan dah kata..., kamera AES tu untuk "mendidik rakyat".., bukannya untuk ganti tugas Polis dan JPJ..

Disamping "mendidik".., boleh la sistem kamera tu tambah pendapatan negara.. Takkan rakyat di negara ni dengan kerajaan pun dorang nak berkira..

Apalah sangat surat saman 2-3 keping kalau nak dibandingkan dengan "sumbangan ikhlas" pada ibu pertiwi kannn...

Lagipun.., gua dimaklumkan bahawa di negara-negara luar yang maju pun pakai sistem AES ni beb.. Dah terbukti bahawa di negara dorang tu langsung TAK ADA eksiden.. Percayalah beb.. Huhuhuhu...

So kesimpulannya.., gua tak bantah kalau dorang pasang kamera AES tu dikawasan yang speed limit 30km/j.. Kalau nak pasang kamera AES di kawasan pejalan kaki pun gua sokong beb..

Gua tetap menyokong apa saja polisi baru yang kerajaan buat untuk "mendidik" rakyat..

Semoga selepas BN menang 2/3 di PRU nanti, Menteri Pengangkutan boleh pertimbangkan untuk tambah banyak lagi kamera AES di seluruh negara.. Hidup Menteri Pengangkutan!!!!


p/s: Errrrr...., kalau bantah nanti dicop sebagai pembangkang pulak.. Susah betul jadi blogger politik ni kann...

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More