Wednesday, October 17, 2012

TERKINI!!! Malaysiakini KANTOI menipu lagi..

Gua heran sungguh.., macam mana sekumpulan 20 orang yang berhimpun boleh bertukar jadi 100 orang?

Ni memang ajaib beb.. Hanya Malaysiakini je yang boleh buat magik macam tu rasanya..

Gua tak tahulah sama ada wartawan lidah rasmi Pakatan tu tak reti mengira, ataupun sengaja nak besarkan cerita..

Tapi percubaan dorang tu memang KANTOI beb sebab gua ada gambar sebenar di tempat kejadian.. Patutnya Malaysiakini tulis kehadiran sebanyak 10'000 orang.., barulah gempak sikit..

Apapun.., korang baca dulu berita tipu yang diterbitkan oleh MalaysiaKini dibawah ni...

Kira-kira 100 orang berhimpun di hadapan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ipoh bagi mendesak kerajaan membatalkan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi kesalahan trafik.

Timbalan Setiausaha Pemuda PKR (AMK) Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, perhimpunan kira-kira sejam bermula pada jam 10 pagi itu hanya permulaan daripada kempen bantahan berterusan yang akan dianjurkan di setiap negeri.

"Kita sedang susun untuk jadikan sebagai gerakan rakyat. Akan ambil tanda tangan sebagai tanda protes dan ke negeri-negeri untuk berdemonstrasi.

"Himpunan ini juga ingin menyedarkan rakyat bahawa tindakan kerajaan melaksanakan AES ini menekan dan menzalimi rakyat yang semakin dihimpit kekangan ekonomi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Turut hadir anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja Chang Li Kang yang juga pemimpin PKR negeri. - Malaysiakini

Dan sekarang.., korang bandingkan pulak kehadiran kononnya 100 orang di tempat perhimpunan haram tersebut..

Memang kantoi big time beb... Hahahahaha....





0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More