Saturday, December 22, 2012

(11 Gambar) Pernikahan Anne Ngasri dan Mohd Sumali Reduan


Majlis pernikahan Anne Ngasri (28) dan Mohd Sumali Reduan (40) telah berlangsung pada 11.00 pagi tadi (22 Disember 2012) di Kampung Sungai Pinang, Pontian, Johor. Mohd Sumali Reduan telah dinikahkan oleh Ustaz Abdul Mutalib Abdul Rahim berwalikan bapa pengantin, Hj Ngasri Bin Sain dengan mas kahwin RM 22.50 beserta hantaran berjumlah RM11,111. Majlis pernikahan mereka dihadiri oleh lebih 100 tetamu jemputan termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ahli parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan.


Mohd Sumali yang mengenakan baju melayu lengkap bersongket menerima 5 dulang hantaran daripada pihak perempuan iaitu berupa set wangian Bvlgari, jam tangan berjenama Cerruti 1881, persalinan baju melayu, dan sebentuk cincin. Manakala, Anne Ngasri yang anggun mengayakan busana berwarna putih krim pula menerima 5 dulang hantaran iaitu seutas beg tangan Burberry, set wangian Chloe, jam tangan Cerruti 1881 dan seutas gelang. - Ohbulan









0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More