Friday, December 21, 2012

Dua Adik Nik Aziz Jadi Parasit ..Silent Killer


Dalam meniti usia yang semakin lanjut, Nik Aziz dilihat cuba untuk mengekalkan legasi kepimpinanannya agar sentiasa berterusan. Walaupun ada suara-suara dalam kalangan ahli Pas sendiri yang mahukan beliau bersara, namun hasrat dan nafsu besarnya melebihi segala-galanya.


Justeru Nik Aziz beranggapan adalah penting untuk memastikan agar apa yang beliau kecapi sekarang tidak jatuh ke tangan orang lain, paling tidak pun ke tangan adik- beradik sendiri.





Dua adik Nik Aziz yang sangat berpengaruh dalam pentadbirannya ialah Nik Razi dan Nik Din. Siapa yang tidak kenal Nik Razi, seorang yang sangat popular dalam bab doa. Sanggup mendoakan apa sahaja asalkan ianya melibatkan kepentingan Pas, termasuklah doa menghancurkan sesama islam. Oleh kerana 'kemustajaban' air liur Nik Razi, beliau telah membuka perniagaan berkaitan doa iaitu jus doa tok guru. Hanya bermodalkan air liur basi dan niat jahat, beliau kini semakin popular daripada Nik Aziz. 


Nik Aziz dan Nik Razi juga bersepakat tanpa rasa bersalah telah melanggar enakmen jenayah syariah Kelantan apabila mengatakan Umno itu murtad. Langit tidak selalu cerah...harap panas sampai ke petang, sayang hujan di tengahari.. isu doa Nik Razi baru-baru ini telah mencalarkan imej Nik Aziz dan Pas. Apa tidaknya, rakyat bertambah muak dan menyampah dengan doa yang sepatutnya dilafazakn bagi sesama islam. Tentangan juga berlaku dalam Pas. Tapi mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana lebih takutkan Nik Aziz daripada takutkan Allah.

Manakala Nik Din pula dikatakan sebagai gila kuasa apabila beliau menerima cek bernilai RM4 billion bagi pihak kerajaan Kelantan yang disumbangkan oleh rakan baiknya atas tiket peribadi. Beliau mengatakan tiada seorang pun wakil dari kerajaan menyebabkan beliau terpaksa menerima cek tersebut.

Jika itulah alasan Nik Din, nampaknya kerajaan Kelantan hanya ditadbir oleh Nik Aziz seorang sahaja. Disini juga memperlihatkan yang Nik Aziz lebih percayakan adik beradiknya daripada barisan kebinetnya. Perbuatan Nik Din sebenarnya telah mengundang rasa tidak senang dikalangan pemimpin Pas.


Apa yang dilakukan oleh dua adik Nik Aziz ini lebih kepada memakan diri sendiri. Nik Aziz yang dipandang tinggi oleh ahli Pas, sebenarnya sedang berdepan dengan virus atau parasit yang boleh menjatuhkan kepimpinannya. Pagar yang diharapkan oleh beliau, hanya mennuggu masa untuk rebah dan menimpa dirinya. 

Dari sumber dalaman Pas, dikalangan pemimpin mereka hanya menanti saat yang sesuai untuk melakukan perubahan besar dalam pentadbiran Pas. Cuma mereka memberi peluang kepada Nik Aziz menikmati sisa-sisa umur yang ada. Lagi pun hendak dilawan orang tua, jadi biarkan sahaja. Mereka telah lama menyimpan dendam dan benci kepada dua adik Nik Aziz yang lebih sudu daripada kuah.




0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More