Saturday, December 8, 2012

Benarkah Kamera AES Di Selangor Kena Selimut?


Benarkah Kamera AES Di Selangor Kena Selimut? | Sebelum ini KisahBest.Myada menyiarkan tentang sebuah kamera AES di Perak telah diselimut oleh individu-individu tertentu (LINK). Itu di Perak. Kali ini pula di Selangor. Namun sebenarnya ia bukanlah kena selimut akan tetapi pihak kerajaan Selangor telah mengarah pihak berkenaan supaya menutup kamera tersebut dengan secepat yang mungkin. Susulan daripada itu, gambar di bawah ini merupakan gambar terkini yang diambil oleh media Bernama di mana sensor kamera AES telah pun ditutup.
Ditutup? Sensor kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) ditutup dengan plastik ketika tinjauan Bernama hari ini
Kerajaan Negeri Selangor tidak akan menutup dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang sepatutnya dilakukan petang ini, seperti dilaporkan semalam, sebaliknya mahu dua syarikat penyedia dilantik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau agensi itu sendiri menutupnya.
Perkara itu dimaklumkan oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) sebentar tadi.
Sehubungan itu, kenyataan MPSepang menyebut pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya selepas tempoh matang notis dikeluarkan.
“Majlis Perbandaran Sepang tidak menutup kamera AES di dua lokasi yang terlibat yang sepatutnya akan dijalankan pada petang ini sepertimana yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor,” kata kenyataan majlis itu.
Sebaliknya katanya, pihaknya telah mengarahkan pihak syarikat yang bertanggungjawab memasang kamera tersebut iaitu Beta Tegap Sdn. Bhd. dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk menutup sendiri kamera mereka melalui notis Seksyen 72(1)c di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 yang dikeluarkan semalam.
“Pihak Majlis akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang yang sedia ada setelah tempoh matang notis dikeluarkan,” katanya lagi.
Sumber : Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More