Saturday, December 8, 2012

Video: “Kisah Hati” Adalah Karya Asal Adi Sixth Sense Aka Manusia Putih!


Pasti dari dulu ramai yang tertanya-tanya kan siapa si Manusia Putih? Komposer ini telah mencipta lagu berjudul “Kisah Hati” yang telah dipopularkan oleh Alyah sehingga mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 26 (AJL 26).
Setelah lama berteka-teki, akhirnya, menurut Rotikaya, Manusia Putih adalah vokalis kumpulan Sixth Sense iaitu Adi. Adi atau nama sebenarnya Adi Priyo Sambodo, 29, adalah penyanyi asal dan pencipta penuh lagu yabg boleh dikatakan berhantu ini.
Lagu “Kisah Hati” juga telah banyak kali di-cover oleh peminat-peminat di Youtube dan versi instrumental juga pernah dibuat kembali oleh komposer amatur, Affan Aizat. Namun, pasti ramai yang tahu lagu ini melalui drama “Stanza Cinta” kan?
Tapi itu semua adalah samada suara Alyah, ataupun orang-orang lain yang kita tidak kenal. Kali ini, anda akan mendengar sendiri karya asal Adi Sixth Sense dengan suara Adi sendiri. Sangat mengasyikkan!
Mana satu pilihan anda? Adi atau Alyah?

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More