Sunday, December 9, 2012

FARID KAMIL BAKAL DIPENJARA 2 TAHUN!


FARID KAMIL BAKAL DIPENJARA 2 TAHUN | Pasangan yang berkahwin pada 3 November lalu itu membuatkan ramai peminat mereka mengangkat kening selepas Diana membocorkan rahsia di laman Instagram bahawa dia hamil dua minggu hanya selepas 16 hari berkongsi katil.

Kita bersangka baik je la pasal benda tu okay. Mungkin dah memang rezeki mereka untuk menimang cahaya mata awal. Ini pula kes di mana Farid Kamil bakal berdepan hukuman penjara selama tiga tahun.

Dengarnya, orang tentera sedang mempertimbangkan untuk mengheret Farid ke mahkamah atas kesalahan kerana memakai pakaian tentera. Kali ini bukan sahaja Diana yang pening, Farid pun boleh jadi loya.

Menurut sumber, Seksyen 140 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara selama dua tahun jika memakai pakaian tentera dan Seksyen 170 memperuntukkan penjara tiga bulan bagi kesalahan menyamar sebagai anggota tentera. Mereka nak heret Farid atas Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana memiliki barang-barang tentera.

Menurut sumber juga, abang askar naik angin sebab Kamil pakai pangkat Mejar Jeneral. Dua paku satu mahkota, itu belum cerita pin payung terjun yang tersisip di dada sasa Farid Kamil.

Itulah Farid Kamil, awak jangan ingat pakaian seragam itu boleh ikut selera, drama Gerak Khas dapat izin khas tau.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More