Sunday, December 9, 2012

Panggilan DJ Radio Membunuh Tanpa Niat


Wanita Terkena Panggilan Hangit Ditemui Mati 

London – Seorang pekerja hospital yang merawat Duchess of Cambridge, meninggal dunia dipercayai akibat membunuh diri, iaitu dua hari selepas dia terkena panggilan hangit daripada sebuah stesyen televisyen Australia.

Wanita berkenaan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri, tidak jauh daripada hospital di mana dia bekerja iaitu Hospital King Edward VII, pada pukul 9.30 pagi.
Biarpun pasukan perubatan cuba merawatnya, namun dia gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia.


Berikutan itu, Scotland Yard telah melancarkan siasatan dan menyifatkan kematiannya sebagai tidak dapat dijelaskan.

Selain itu, tiada unsur mencurigakan dikesan setakat ini.

Wanita itu menjadi tajuk muka depan akhbar utama di Britain selepas dia menyambut panggilan telefon daripada DJ radio, Mel Greig dan Michael Christian yang berpura-pura sebagai Ratu dan Putera Charles.


Panggilan `hangit’ itu dilakukan pada pukul 5.30 pagi dengan kedua-dua DJ tersebut menyamar untuk mengetahui keadaan Kate Midleton yang dirawat di hospital berkenaan akibat alahan mengandung.


Memikirkan ia merupakan panggilan daripada Ratu Elizabeth, wanita itu kemudiannya telah menyambungkan panggilan tersebut kepada jururawat yang merawat Kate.

Jururawat yang mengangkat telefon itu juga percaya dia bercakap dengan Ratu Elizabeth dan telah memaklumkan mengenai keadaan terkini isteri kepada Putera William itu.

Rakaman panggilan `hangit’ itu kemudiannya dimainkan di radio yang beroperasi di Sydney itu.
Kejadian itu juga hangat diperkatakan di laman sosial twitter.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More