Tuesday, December 11, 2012

Go Hanis Zalikha!!!


Katakanlah anda diberi pilihan untuk beraksi dalam satu kumpulan untuk merebut hadiah wang tunai RM10,000 dengan salah seorang selebriti di bawah, yang mana satukah akan menjadi pilihan anda? Scha? Awal? Faizal Ismail? Hanis Zalikha?
petronasKalau pilih berdasarkan paras rupa, confirm tak ada orang nak pilih Faizal Ismail. Yang pasti kaum lelaki akan berebut pilih Hanis Zalikha. Namun korang perlu ingat, RM10,000 bukan mudah untuk dimenangi. Kena lalui cabaran Petronas Switch for XTRA Road Challenge.
petronasPetronas Switch for XTRA Road Challenge merupakan fasa kedua untuk kempen #Switch4XTRA. Fasa pertama yang diberi nama Switch for XTRA Race dah tamat pada 30 September lepas. Dalam fasa kedua ini, setiap selebriti dan penyokong mereka akan ditempatkan di lokasi seluruh Malaysia untuk menyiapkan cabaran yang diberi dengan bantuan orang ramai.
petronasNampak Hanis Zalikha di tengah-tengah gambar di atas? Di kiri dan kanan Hanis adalah penyokongnya yang dipilih daripada 15 pemenang teratas fasa pertama. Cabaran yang diberikan oleh Hanis dan penyokong-penyokongnya menjual 20 unit patung Boboi Boy dalam masa yang ditetapkan di Petronas USJ 20.
petronassaya tak pasti sama ada Hanis sedang menjual patung Boboi Boy atau sedang membuat audition Akademi Fantasia di dalam gambar di atas. Yang penting, mereka bertiga nampak sangat gembira. Adakah mereka berjaya menyiapkan cabaran yang diberi? Daripada teaser video di bawah nampak macam mereka bertiga menempuh kesukaran je.
Yang paling best ialah hadiah wang tunai RM10,000 akan dimenangi oleh pasukan yang mempunyai tontonan video paling banyak secara kolektif. Kesemua video Petronas Switch for XTRA Road Challenge boleh ditonton di channel YouTube Petronas. Tambah best lagi, RM10,000 itu akan dibahagikan hanya antara 2 orang penyokong mereka sahaja. Sorang dapat RM5,000 tue!!!
petronasJadi siapakah selebriti yang anda sokong?  Untuk lebih banyak video, gambar dan info terkini mengenai Petronas Switch for XTRA Road Challenge, jangan lupa layariFacebook PETRONASbrands bagi maklumat lanjut. Dan juga anda boleh menonton kesemua video diPETRONASbrands Brand Channel Youtube:

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More