Tuesday, December 11, 2012

Julia Perez – Sinetron Indonesia Lebih Maju Dari Dari Sinetron Malaysia


Julia juga sebelum ini pernah bikin kontroversi kerana kenyataannya yang ingin memakai bra laser bagi membutakan pemain-pemain bolasepak Malaysia sewaktu perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki tahun lepas.
Julia turut membuat pernyataan yang tiada artis Malaysia yang boleh mengalahkan beliau dari segi keseksian.
Kenyataan beliau mendapat pelbagai reaksi dari masyarakat Internet Malaysia. Namun yang menarik, ada yang berpendapat mungkin bukan salah Julia jika dia berpendapat jalan cerita sinetron yang majoritinya tidak masuk akal dan watak antagonis wanita yang membeliakkan mata untuk menunjukkan kejahatan itu maju.
Dan mungkin keseksian bagi Julia itu ialah tahap pendedahan tubuh badan yang lebih meluas, sedangkan di sini, keseksian wanita lebih berkisar pada kepintarannya.
Tak mengapa, beri saja Julia peluang untuk populariti 15 minitnya di Malaysia. Kredit info, Forum Cari.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More