Tuesday, December 11, 2012

Jijik Sarapan dengan Bangkai Tikus


Sarapan makan bangkai tikus menjijikkan. Kejadian ini dialami oleh seorang lelaki yang sedang kelaparan dan terus terkejut. Dia langsung tidak mempercayai yang bijirin Rice Krispies yang ingin disuap ke mulutnya untuk kali kedua mengandungi bangkai tikus.


Lelaki yang bernama Mark Hunter itu berusia 42 terkejut apabila menyudu kepala tikus daripada bijirin Rice Krispies yang dimakanya bersama susu itu. Mark yang berang kemudian mengeluarkan bangkai haiwan itu, lalu mengeringkan bangkai tersebut sebagai bukti. Lalu dia menghubungi pengilang makanan Kellog’s bagi melaporkan kejadian tersebut.

“Saya amat bimbang akan kesihatan saya kerana saya sudah pun makan sesudu bijirin itu dan ingin menyuap makanan itu lagi. Namun, saya terlihat benda hitam iaitu objek bangkai dalam susu itu, tetapi tidak menyedarinya hingga saya memakannya dengan susu bijiran,” ujar mangsa kejadiannya.

Syarikat Kellog’s mengakui bahawa mereka bimbang kejadian yang berlaku dan akan pergi ke kediaman Hunter bagi mengambil tikus tersebut dan menyelidik kehadiran bangkai tikus itu. Menurut pakar daripada Universiti Liverpool, mereka mempercayai akan berjaya mencari puncanya. Ini bukan kes pertama kali dimana tikus atau benda lain yang menjijikkan ditemui dalam makanan.

Artikel Asal : http://melayukini.net/

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More