Tuesday, December 11, 2012

Wan Zack Haikal


Agak mengejutkan pada hari ini apabila nama Wan Zack Haikal menjadi carian tertinggi di blog plbgaimacam. Ini berdasarkan data nuffnang dalam paparan gambar di bawah yang dicatatkan setakat jam 10pm tadi.


Kenapa keyword Wan Zack Haikal semakin popular sejak akhir-akhir ini? Adakah kerana ramai gadis cantik di luar sana yang semakin menggilainya? Ataupun kerana carian tentang kekasih Wan Zack Haikal yang memang cantik dan menawan? Atau mungkin juga kerana kecederaan yang dialaminya sehingga ramai yang ingin tahu samada dia boleh bermain atau tidak menentang Thailand dalam perlawanan separuh akhir kedua Kejohanan Piala Suzuki AFF 2012? Apapun sebabnya, itu aku tak nak tahu.


Yang pastinya, peningkatan populariti Wan Zack Haikal banyak berpunca daripada kehebatannya dalam pengawalan bola sehingga menjadi tonggak utama kemenangan Malaysia ketika menewaskan Indonesia dan seterusnya melayakkan Malaysia ke perlawanan separuh akhir. Sebagai peminat dan penyokong Malaysia, aku harap Wan Zack Haikal boleh bermain dalam perlawanan separuh akhir kedua yang bakal berlangsung pada khamis ini (13 Disember 2012) di Thailand.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More