Thursday, December 20, 2012

Khasiat Pisang Dengan Kesihatan

Info Pisang Dan Kesihatan | Tahukah anda pisang mempunyai pelbagai khasiat dan pisang sangat bagus untuk penghadaman tubuh badan. Selain itu juga kulit pisang pun ada khasiat yang tersendiri. Kulit pisang boleh di jadikan masker untuk muka atau tangan supaya dapat melembutkan dan melicinkan kulit.



Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.


Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu merendah kolestrol.


Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.


Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.


Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.


Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap.

INFO

Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya.


Disebabkan permintaan dunia terhadap pisang terlalu tinggi, banyak hutan rimba telah diteroka dan dibersihkan untuk dibuka ladang penanaman pisang.


Jika anda digigit nyamuk, cubalah gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.


Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia tiga bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More