Thursday, December 20, 2012

Sanggup Bina Kapal Noh Untuk Hadapi Kiamat


Sanggup Bina Kapal Noh Untuk Hadapi Kiamat |  Mengikut kalendar kaum Mayan, mereka meramalkan kiamat bakal bakal berlaku pada tarikh 21 Disember 2012 (21/12/12).
Seorang lelaki di China, kerana takutkan kepada kemunculan hari kiamat, dia sanggup membina kelengkapan tertentu bagi menghadapi hari tersebut.
Liu Qiyuan yang berkerja sebagai petani di negaranya telah berusaha membina tujuh biji bahtera yang diberi nama ‘Bahtera Noh’ untuk melindungi dirinya ketika bencana alam terjadi.
Dia menggunakan bahan seperti gentian kaca untuk membina dindind bahteranya selepas mendapat ilham dari filem Hollywood, 2012.
Selain itu, rangka besi digunakan bagi mengukuhkan lagi bahteranya itu.
“Alat ini boleh dijadikan tempat berlindung ketika berlaku bencana alam seperti tsunami atau taufan,” katanya.
Liu mencipta Kapal Noh itu supaya boleh terapung di atas air serta dilengkapi pendayung.
Turut dipasang, pelbagai bentuk tangki oksigen, tali keledar serta ruang yang mencukupi untuk 14 orang.
Tetapi, sekiranya kiamat berlaku, semestinya kita tidak dapat melarikan diri walaupun mempunyai pelbagai kemudahan atau perisai yang disediakan. Tak gitu?
Macam-macam hal.....


Firman Allah SWT 
وَنُفِخَ فِى الصُّوْرِ فَصَعِقَ مَنْ فِى السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِى اْلاَرْضِ اِلاَّ مَنْ شَآءَ اللهُ ثُمَّ نُفِخَ فِيْهِ اُخْرَى فَاِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنْظُرُوْنَ.  
"Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan yang ada di bumi kecuali yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri bangkit menunggu keputusannya masing-masing".
(Az-Zumar, 39:68)

 يَسْاَلُوْنَكَ عَنِ السَّاعَةِ اَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ اِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّى لاَ يُجَلِّيْهَا لِوَقْتِهَآ اِلاَّ هُوَ ثَقُلَتْ فِى السَّمَاوَاتِ وَاْلأرْضِ لاَتَاْتِيْكُمْ اِلاَّ بَغْتَةً يَسْاَلُوْنَكَ كَاَنَّكَ حَفِىٌّ عَنْهَا قُلْ اِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللهِ وَلَكِنَّ اَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُوْنَ. 
"Mereka bertanya kepadamu tentang kiamat: Bilakah terjadinya? Katakanlah! Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku, tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (hura-haranya bagi makhluk) yang di langit dan yang di bumi. Kiamat itu tidak datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba. Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah! Sesungguhnya pengetahuan tentang Hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".
(Al-A'raf, 7:187)








0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More