Monday, December 10, 2012

Konsert Rock Gemalai Ke Syurga Pas ?



Entah di mana Pas kata mereka perjuangkan Islam dan ayat atau hadis atau sirah Nubwah mana yang Pas amalkan yang membenarkan muzik dijadikan sumber atau alat dakwah utama atau medium utama Nabi saw berdakwah. Semuanya karut dan tak masuk akal.

Nik Aziz dan seluruh jemaah syura yang kononnya ulama parti wajib bertanggung jawab ke atas setiap perkara yang dibuat ahlinya. Parti Pas dilihat sejak dari awal penubuhannya tidak pernah sekali pun betul bila memperkatakan tentang perjuangan Nabi saw dan Sahabat-sahabat Baginda saw.

Kalau dulu, ceramah mereka hanya yang bertitlekan ulama saja yang akan memberi ceramah yang berselindung disebalik tajuk HUDUD dan Negara Islam. Hanya merekalah yang akan kupas hadis dan firman separuh-separuh dan hanya merekalah yang dilihat mampu menarik pendengar untuk datang mendengar dan bersedekah jihad katanya.

Slogan Kepimpinan Melalui Ulama dicanang seolah-olah parti Pas hanya Ulama saja yang layak memimpin dan hanya Ulama sahaja yang layak menjadi wakil rakyat.

Kini bila Pas bergabung dengan Dap dan Pkr, segalanya sudah berubah malah membuat pusingan 360 darjah dari asas yang kononnya Islam adalah pokok perjuangan mereka. Pas dilihat terpaksa bersaing demi kekalkan populariti dan bimbang kiranya program ceramah mereka makin ketara susutnya kehadiran manusia.

Pas amat bimbang menjadi parti yang minoriti mendapat sokongan rakyat, bimbang kalau Pas hanya menumpang glamor pakatan haram dan amat jelas bimbangnya kalau kerusi yang bakal mereka tandingi makin mengecil kerana terpaksa beri laluan kepada 'abang taiko' yang lain.

Kegusaran dan kebimbangan ini menyebabkan Pas mula halalkan apa saja janji orang datang dan yang penting kantung plastik yang diedar untuk kutip duit pendengar kekal seperti biasa, kantung berisi wang ringgit untuk bayar penceramah atau pak lawak yang dijemput. Pemimpin Pas menipu dengan menunjukkan muka 'sepuloh sen' kononnya duit Pas tidak ada untuk membuat program besar-besaran.

Era baru sekarang, Pas nampak hanya dengan guna artis, samada artis yang dah usang atau artis yang keluar di kaca TV hanya sekali dua maka inilah penceramah utama sebagai penarik kepada Pas. Malah Pas menelah tahi yang diberak sendiri bila mereka juga mula membuat cabutan bertuah kepada pendengar. Hamper atau Basikal menjadi taruhan seolah-olah kasino, pendengar bertempik sorak bila menang dan makin kuat sorakan kalau yang dapat itu wanita pas yang gedik dengan goyangan punggung naik ke pentas menerima hadiah.

Kalau kita perhatikan betul-betul, artis yang di bawa Pas hanya sekadar inging menyatakan pada Malaysia bahawa artis juga ada sokong Pas walhal seluruh peminat industri hiburan Malaysia tahu yang mana artis usang, artis putus haid dan artis sekadar pak lawak yang tak pernah menang apa gelaran pun.

Baca berulang kali apa yang d katakan oleh kononnya seorang Ustaz Pas ;

Pengerusi majlis Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Paya Besar Ustaz Tarmizi Yahya dan ceramah ringkas oleh Yang Dipertua Pas Kawasan Paya Besar Ustaz Yusof Embong menyatakan bahawa konsert yang berasaskan islam dan ada pengisian kerohanian adalah menjadi satu wadah perjuangan untuk mengajak semua kembali kepada Islam. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua yang telah menjayakan konsert ini.

Sejak bila Nabi saw ajar Sahabat guna konsert untuk teruskan perjuangan Nabi saw ?




0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More