Saturday, December 8, 2012

Ngeri! Kaki Hancur Dilenyek Bas Di Johor Bharu


Ngeri! Kaki Hancur Dilenyek Bas Di Johor Bharu | Luluh hati admin apabila melihat kaki seorang wanita tua ini hancur kedua-duanya akibat dilenyek sebuah bas henti-henti di Johor Bharu. Tidak menduga, pergerakannya menuruni bas mengundang kecelakaan pada dirinya. Bayangkan jika ia berlaku kepada diri kita. Dalam sekelip mata sahaja Allah SWT mampu menarik nikmat berjalan. Tentang kes ini, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan.
“Tolong, sakit, kaki saya hancur,” raung Lee Fong Chan, 58, selepas kedua-dua kakinya hancur dilenyek bas henti-henti di Jalan Teratai, Taman Johor Jaya di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, mangsa yang juga penumpang bas berkenaan, turun dari kenderaan itu yang berhenti berhampiran persimpangan lampu isyarat berhampiran sebuah stesen minyak.
Bagaimanapun, pergerakan lambat Fong Chan dari Taman Johor Jaya, di sini, tidak disedari pemandu yang menyangka warga emas itu sudah benar-benar turun dari bas, lalu memandu kenderaan itu. Seorang saksi yang dikenali sebagai Haikal, 18, berkata, ketika kejadian, wanita itu sedang menuruni tangga bas apabila kenderaan berkenaan tiba-tiba bergerak.
Ia menyebabkan wanita berkenaan terjatuh dan kedua-dua kakinya dilenyek tayar bas. Saya serta beberapa orang lain yang berada di situ cuba membantu dengan menenangkannya sementara menunggu ambulans,” katanya.
Menurut Haikal, keadaan menjadi kecoh apabila beberapa individu bertengkar dengan pemandu bas serta cuba menyerang lelaki berkenaan, tetapi keadaan reda apabila polis tiba di tempat kejadian.
“Sebagai penumpang, kami berharap pemandu bas lebih berhati-hati bagi mengelak kejadian seperti ini berulang lagi,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, siasatan awal mendapati pemandu bas terbabit tidak berhenti di hentian bas yang disediakan dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.
“Pemandu itu turut mendakwa tidak menyedari mangsa menuruni tangga bas. Berikutan kejadian itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Pandan untuk rawatan lanjut,” katanya.
Sumber : Harian Metro

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More