Saturday, December 8, 2012

Ngeri! Kereta Terputus Dua Rempuh Tiang Lampu Di Putrajaya


Ngeri! Kereta Terputus Dua Rempuh Tiang Lampu Di Putrajaya | Jangan terkejut jika anda melihat sebuah kereta jenis Proton Perdana ini dalam keadaan terputus dua setelah terlibat dalam kemalangan. Kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu gagal dikawal dan terus melanggar sebatang tiang lampu. Mangsa juga maut di tempat kejadian. Pada masa yang sama, jika kita perasan sejak akhir-akhir ini banyak kes kemalangan yang disebabkan hilang kawalan. Oleh itu, elakkanlah dari memandu terlalu laju sehingga boleh mengundang kecelakaan.

BEGINILAH kereta Perdana V6 yang putus dua dalam kemalangan yang berlaku di Persiaran Selatan berhampiran PICC, Putrajaya semalam.
Seorang remaja maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh sebatang tiang lampu pembahagi jalan di Persiaran Selatan berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Dalam kemalangan pukul 4.50 petang tersebut, Muhammad Azeem Suhaimie Sulaiman, 17, dari Bangi, Selangor maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Akibat perlanggaran itu juga, kereta Proton Perdana V6 yang dipandu mangsa terputus dua. Jenazah mangsa telah dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.
Ketika kemalangan, mangsa dipercayai memandu dari arah pusat beli-belah Alamanda di sini ke arah PICC dalam keadaan hujan lebat.
Sumber : Utusan Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More