Tuesday, December 18, 2012

Tips Cinta - Perkara yang tidak Harus ditanya



Apa yang awak tak suka tentang saya?
Dalam setiap perhubungan ada kebaikan dan kelemahan. Tidak ada manusia yang sempurna namun jangan terburu-buru bertanyakan soalan. Jika ada sesuatu yang lelaki tidak suka tentang anda, dia akan mencari masa yang sesuai dan cara diplomasi yang terbaik untuk memberitahu anda.

Adakah awak sayang ibu awak lebih daripada saya?
Lelaki tidak suka kasih sayangnya dibandingkan dengan ibunya. Wanita yang menyayangi dan menghormati ibu mertua macam ibunya sendiri adalah suri yang dicari oleh lelaki. Sedarlah bahawa ibunya adalah wanita pertama yang membelainya dengan kasih sayang sebelum anda muncul dalam hidupnya.

Adakah dia lebih baik daripada saya?
Hubungan si dia bersama bekas pasangannya sudah menjadi sejarah. Dalam hatinya sekarang adalah anda. Jadi usah bertanya mengenai bekas pasangannya jika tidak mahu si dia bertanya mengenai bekas pasangan anda pula.

Sejauh mana seriusnya awak tentang hubungan ini?
Jika perhubungan anda dengan si dia masih baru, jangan bertanya tentang kahwin. Desakan anda boleh merimaskan dirinya. Adalah lebih baik anda menggunakan peluang yang ada untuk mengenali dirinya dengan lebih dekat. Kalau lelaki itu benar-benar cintakan anda, dia akan memperkenalkan anda kepada kedua ibu bapanya.

Adakah awak fikir wanita itu cantik?
Baik lelaki mahupun wanita, apabila melihat wanita cantik di hadapan mata, pasti tidak melepaskan peluang untuk memandangnya. Namun, jangan pula anda bertanyakan soalan remeh sedangkan anda sedia maklum wanita itu memang cantik. Bila si dia menjawab 'ya', anda pula berasa kurang selesa.

Berapa ramai anak yang awak inginkan?
Lelaki memang inginkan anak apabila berumahtangga. Namun begitu, elakkan penceritaan mengenai lampin pakai buang dan sebagainya apatah lagi jika umur perhubungan anda masih baru dan mentah

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More