Tuesday, October 23, 2012

Christina Aguilera Tak Suka Pakai Seluar Dalam!


Terbaru, menerusi laman web Contactmusic.com, Christina kembali menjadi perhatian apabila membuat pengakuan yang sebenarnya dia tidak suka memakai seluar dalam!

Tidak tahulah sama ada ia hanyalah sekadar gimik Christina untuk melariskan jualan albumnya itu atau sebaliknya.

Tetapi apa yang pasti, juri The Voice itu memberitahu dia lebih selesa apabila tidak memakai seluar dalam.

Dengan penampilakn sedemikian, dia akan berasa lebih yakin. Malah, dia tidak segan untuk mengakuinya.

“Saya memang tidak suka memakai seluar dalam.

“Saya ingin rasa bebas setiap masa. Lagi pun, ia sebenarnya menunjukkan siapa sebenarnya diri saya,” katanya yang dipetik daripada laman web tersebut.

Selain itu, Christina turut berkeyakinan apabila berbicara soal umurnya yang semakin meningkat naik.

“Mungkin sesetengah orang takut untuk menjadi tua tapi bagi saya ia mampu mematangkan saya dan pengalaman mengandung turut sama membuatkan saya kagum dengan kebolehan tubuh badan wanita,” ujarnya.

Tambahnya lagi, semua perkara tersebut mempunyai kaitan dengan album terbarunya, Lotus yang memfokuskan kepada kebahagiaan, kebebasan dan juga kesediaan untuk menjadi lebih matang.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More