Tuesday, October 23, 2012

Payudara Kate Middleton Dapat Pujian Dari Cheryl Cole!


Kisah gambar-gambar seksi Kate Middleton bercuti bersama suaminya, Putera William yang tersebar pada bulan lalu masih hangat diperkatakan sehingga kini.

Anda pernah tengok gambar-gambar berkenaan? Kalau pernah diam-diam sudah.

Bagi negara barat, apalah sangat melihat selebriti memakai pakaian seksi, tetapi jika melibatkan kerabat diraja sudah tentu ia akan memberi reputasi buruk kepada keluarga berkenaan.

Apapun, tidak terkecuali kepada bekas isteri pemain bola sepak Chelsea, Ashley Cole iaitu penyanyi, Cheryl Cole yang turut memberi komen mengenai gambar itu.

Dia berpendapat pengedaran gambar berkenaan oleh paparazzi amat melampau!

Katanya ke pada Showbiz Spy, golongan paparazzi seharusnya menghormati hak privasi Putera William dan isterinya itu.

Penyanyi yang hits dengan lagu Parachute itu turut mengungkapkan Kate berpakaian begitu ketika bercuti bersama suaminya sendiri. Bukan dengan orang lain.

Pada pandangan lain, Cheryl turut memuji payudara Kate yang sangat cantik!

“Dia (Kate) memiliki sepasang payudara yang cantik. Betul, kan?,” ucapnya.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More