Thursday, October 25, 2012

Kecewa Ubat RM40 Ribu Gagal Selamatkan Isteri!


KUALA LUMPUR : Seorang warga emas berasa kecewa selepas ubat tradisional yang dibelinya daripada seorang tabib dengan harga RM40,000 didakwanya tidak berkesan bagi mengubati penyakit kanser hati isterinya.

Lelaki tersebut, Bay Fatt Soon, 73, berkata, ubat dalam bentuk kapsul yang dihasilkan daripada rumput yang menjadi makanan landak itu dibelinya beberapa bulan lalu.

Katanya, pada mulanya dia sendiri kurang yakin sama ada ubat berkenaan benar-benar mujarab namun membelinya kerana mahu menyelamatkan nyawa isterinya yang sakit tenat ketika itu.

“Saya terus membeli ubat itu tanpa bertanya kepada pakar perubatan kerana bahan makanan landak itu dikatakan mampu mengubati banyak jenis penyakit dan ia juga jarang didapati di pasaran.

“Lagipun, pada masa itu doktor menyatakan isteri saya tidak dapat hidup lebih daripada dua bulan. Saya membeli ubat itu kerana tabib tersebut mendakwa ia boleh membantu isteri saya bertahan selama enam bulan,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.

Fatt Soon berkata, bagaimanapun ia tidak menjadi kenyataan apabila isterinya meninggal dunia pada bulan lalu iaitu selepas kira-kira sebulan memakan ubat yang bernilai RM5,000 sebotol itu.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More