Thursday, October 25, 2012

Lelaki Dihempap Balak Tersepit Satu Jam!


SEREMBAN : Seorang pemandu lori balak terpaksa menahan kesakitan hampir satu jam akibat dihempap beberapa batang kayu balak yang terjatuh selepas kenderaan berat yang dipandunya terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Pantai-Jelebu di Bukit Tangga di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 3 petang itu berlaku apabila lori yang dipandu mangsa yang belum dikenal pasti identiti bersama seorang kelindan, V. Radakrishnan, 48, dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh lereng bukit laluan berkenaan.

Kelindan lori terbabit bagaimanapun berjaya dikeluarkan oleh orang ramai sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).

Difahamkan, lori balak berkenaan yang dalam perjalanan dari arah Jelebu menuju ke Seremban hilang kawalan ketika menuruni bukit sebelum melanggar lereng bukit terbabit.

Pegawai Operasi Kanan Bomba Seremban, A. Gonaselan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3 petang dan sampai di lokasi kejadian kira-kira pukul 3.27 petang.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More