Saturday, October 27, 2012

LELAKI INI SANGGUP MEMAKAN JARINYA SENDIRI!


Sebelum ini, ada satu berita mengenai seorang lelaki telah memakan muka gelandangan setelah mengambil dadah jenis Bath Salt.

Bath Salt ini merupakan sejenis bahan mandian diperbuat daripada garam khusus untuk golongan yang mementingkan kecantikan.

Tetapi rupanya, jika di salah guna ia boleh memudaratkan seseorang itu sehingga ke paras yang merbahaya.

Ini kerana sabun garam ini adalah dadah psikotik terbaru yang mempunyai kesan seperti kokain dan amdetamin.

Penemuan ini amatlah mengejutkan.

Malah, dua hari lalu, Huffingtonpost.com ada melaporkan seorang penagih dadah jenis ini menjadi seperti ‘zombie’ apabila dia telah memakan jarinya sendiri!

Jargget Washington, 29, ditahan polis kerana melakukan percubaan mencuri kereta dalam keadaan berbogel.

Selepas ditahan, dia dibawa ke hospital untuk mengenalpasti sama ada dia mengalami sakit mental atau tidak.

Tetapi sebaliknya berlaku apabila Jargget menjadi agresif dan mula menggigit pergelangan tangan untuk melepaskan ikatan gari.

Melihat tingkah lakunya yang semakin tidak terkawal, polis membawanya ke dalam kereta untuk dikurung.

Tetapi perkara yang lebih teruk berlaku apabila dia membuang air besar dan mula membaling ke arah polis.

Malah, Jargget menggigit, mengunyah dan menelan jarinya sendiri!

Gila betul! Oleh kerana berada di bawah pengaruh dadah, manusia sanggup lakukan apa saja kerana tidak dapat berfikir dengan waras.

Macam-macam..

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More