Saturday, October 27, 2012

Menghangatkan Perasaan Berahi Dan Suasana Ranjang Suami Isteri!


Anda sebagai suami isteri sudah pasti ingin memastikan sensasi kehidupan anda dalam hubungan sentiasa indah dan ceria. Sudah pasti juga anda sentiasa berusaha untuk memikat dan mempersembahkan yang terbaik buat pasangan anda. Hal ini sudah pasti turut perlu berlaku ketika diranjang dan pra diranjang dalam kehidupan anda berdua. Namun tindakan dan perbuatan anda adalah yang pasti akan memberikan impak dalam kehidupan berumah tangga anda.

Oleh itu ada beberapa tindakan yang boleh anda lakukan berdua dan perkara ini perlu dilakukan secara bekerjasama dan saling memahami.

- Mulakan tindakan anda dengan perkara yang mudah iaitu mengurut. Mengurut adalah satu tindakan yang dapat memberikan kelegaan kepada anda. Perkara yang kita selalu inginkan adalah suatu keadaan yang nyaman dan “relaks” seperti berada di spa atau percutian yang menjanjikan keselesaan tersebut. Cipta keadaan itu diranjang dengan dengan saling bekerjasama.

- Gunakan minyak urut untuk mengurut pasangan anda. Urut seluruh badan. Selepas itu, biar pasangan anda pula mengurut anda pada seluruh badan. Aktiviti ini membolehkan anda untuk hayati keseluruhan tubuh pasangan anda dan dalam masa yang sama menaikkan nafsu sesame sendiri. Urutlah dengan penuh kasih sayang.

- Seterusnya, keluarkan apa yang anda fantasikan dari minda anda dan realitikan fantasi tersebut bersama – sama pasangan anda. Ramai orang takut hendak berfantasi kerana merasakan ia adalah perkara yang salah. Namun, fantasi adalah sesuatu yang normal bagi semua orang. Malah, ia lebih sihat untuk anda tunaikan fantasi anda bersama pasangan anda sendiri.

- Sentiasa menggoda pasangan anda seperti mana anda selalu menggoda dia semasa sebelum berkahwin. Bermain foreplay dengan pasangan melalui kiriman sms iaitu bermain sms nakal dan ghairah. Hantar pada pasangan anda mengenai tindakan yang bakal anda lakukan pada dia nanti. Pasangan yang membaca akan berimaginasi dan seterusnya akan terangsang dengan anda. Akhirnya hubungan seksual akan lebih menarik dan sensasi.

- Sentiasa bersikap romantik terhadap pasangan anda. Saling menyuap makanan ketika makan malam pasti akan menghangatkan suasana bilik tidur anda nanti.Sentiasa lakukan semua kerja bersama – sama. Apabila anda selalu bersama walaupun perkara yang kecil, anda akan jadi semakin rapat dan semakin memahami antara satu sama lain. Sudah tentu hubungan anda di ranjang lebih sensasi kerana anda berdua lebih memahami antara satu sama lain.

- Lakukan seks selain di bilik tidur. Kadangkala, anda bersikap nakal dan lakukan hubungan seks di tempat yang selamat tetapi bukan di tempat tidur.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More