Wednesday, October 24, 2012

Raja Azura Sudah Tawar Hati Dengan Dunia Lakonan!


Pelakon, pengacara dan penyampai radio Sinar FM, Raja Azura mengakui tidak mahu berlakon lagi berikutan sudah tawar hati kerana menerima bayaran yang tidak setimpal dengan lakonannya.

Raja Azura, 40, yang lebih mesra dengan sapaan Kak Engku berkata, keengganan pihak penerbit memberikan bayaran bersesuaian dengan pengalamannya sebagai pelakon membuatkannya lebih selesa untuk bergelar deejay radio.

“Bukan tidak rindu untuk berlakon tetapi apabila mengenangkan bayaran yang diterima amat ‘ciput’ berbanding dengan pengalaman, ia membuatkan saya membatalkan hasrat untuk kembali berlakon.

“Malah atas batasan masa juga telah menyebabkan saya terpaksa mengenepikan lakonan kerana mahu memberi tumpuan kepada tiga orang anak,” katanya yang dipetik melalui mStar Online, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain dia kini sedang berusaha menjaga bentuk badannya untuk kelihatan lebih menarik kerana bakal muncul dengan program bual bicara terbaru berjudul Primadona terbitan Astro Prima.

Ia bakal bersiaran pada setiap Jumaat, pukul 9 malam bermula 2 November depan bersama tiga lagi pengacara iaitu Rozita Che Wan, Erra Fazira dan Ziela Jalil.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More