Friday, June 27, 2008

Manusia Memang Pelupa

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Memang telah menjadi lumrah, manusia merupakan makhluk yang pelupa. Masakan tidak, kekadang perkara yang mudah pun kita boleh lupa, ye tak? Agak-agaknya, siapa yang tahu cara untuk menguatkan daya ingatan?

Siapa yang tahu, sila angkat tetikus anda bolehlah kongsi di ruangan komen di bawah nanti, yer!

Untuk itu, kali ini saya mahu kongsikan serba sikit petua menguatkan daya ingatan. :)

Tapi sebelum itu, ada beberapa faktor yang memudahkan proses penghafalan yang perlu anda ketahui iaitu:

1. Bersungguh-sungguh dan berterusan dalam menghafal sesuatu.
2. Makan dalam kuantiti yang sedikit.
3. Bangun mengerjakan solat sunat di tengah malam seperti Solat Tahajjud.
4. Membiasakan diri membaca Al-Quran.
5. Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi S.A.W.
6. Amalan bersugi(menggosok gigi).
7. Amalkan minum madu, memakan kandarah (kemenyan putih) dan memakan anggur merah (kismis) sebanyak 21 biji setiap pagi sebelum memakan apa-apa.

Kemudian, sebab musabab yang menyebabkan melayu kita mudah lupa ialah:

1. Berbuat maksiat!
2. Banyak melakukan dosa.
3. Rindu dan tergila-gila terhadap hal keduniaan.
4. Memperbanyakan kesibukan bekerja dan kerinduan hati.
5. Memakan buah-buahan yang kecut.
6. Melihat orang disalib.
7. Membaca tulisan yang ditulis pada batu nesan.
8. Membuang kutu (di kepala manusia) yang masih hidup ke tanah.
9. Berbekam pada lekuk leher belakang.


Kesimpulannya, petua menguatkan daya ingatan ialah menjauhi perkara-perkara yang menyebabkan kita mudah lupa.

Betul tak?

Sekian saja buat kali ini dan sampai berjumpa lagi. :)



Selamat Mencuba!

Wednesday, June 25, 2008

Hilangkan Karat Gigi

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Gigi merupakan salah satu aset yang paling berharga bagi semua orang. Tak kiralah sama ada lelaki mahupun wanita. Walau sekacak atau secantik manapun wajah anda, tapi jika rambut gigi berkarat...tak guna jugak! Betul tak?

Cuba anda bayangkan seorang wanita cantik berada di depan mata. Potongan badannya pun boleh tahan. Anda pun senyum kepadanya. Lalu senyuman anda tu dibalasnya dengan menampakkan giginya yang "ala-ala" tersusun tapi berkarat.

Apa perasaan anda??

Kalau anda tanya saya, memanglah daripada minat terus jadi tak berminat langsung!

Sebab apa?

Sebab menjaga kebersihan gigi tu kan penting dan ia juga ada hubung kait dengan saraf yang terdapat di seluruh tubuh badan kita. :D

Atas sebab itulah saya nak kongsikan petua hilangkan karat gigi hari ni.

Masalah karat gigi ni biasanya dialami oleh individu yang kuat merokok. Betul tak?

Ini kerana candu yang melekat pada gigi tu.

Usah risau, masalah ini boleh diselesaikan dengan menggunakan pinang.

Cara-caranya:

1. Ambil sebiji pinang tua dan keringkannya.

2. Apabila pinang tu dah kering, pinang itu kemudiannya dikacip halus.

3. Bakar isi pinang yang telah dikacip halus tu sehingga hangus.

4. Akhir sekali, gunakan isi pinang itu untuk menggosok gigi anda yang berkarat tu.

5. Ulang proses 1 hingga 4 setiap hari sampai gigi anda menjadi putih semula.


Sekian, terima kasih.


Selamat Mencuba!

Monday, June 23, 2008

Aduss...Sakit Kepala!

Salam Ceria Semua,

Masalah pening kepala telah menjadi lumrah hidup kepada setiap orang. Mungkin ada pun pernah pening kepala jugak kan? Semuanya berpunca daripada pelbagai sebab. Terpulanglah ke atas setiap orang. Tapi....biasanya masalah pening kepala ni terjadi akibat kita terlampau memikirkan sesuatu masalah tu. Betul tak?

Psst...kekadang terkena hujan pun boleh pening oo!
Terutamanya kalau terkena hujan yang turun dalam 10 minit yang pertama.
Nah! Lekas-lekaslah basuh kepala anda, takut nanti melarat pulak pening kepala tu.


Sehubungan itu, hari ini ada satu petua melegakan pening kepala yang ingin saya kongsikan.

Tapi untuk kali ni, petua ni khas untuk wanita yang baru melahirkan anak. Caranya ialah dengan menggunakan jambu batu.

Bagi sesiapa yang mengalami masalah pening kepala selepas melahirkan anak, ambil sebiji jambu batu yang masih muda.

Kemudian, tumbuk putik jambu batu itu sehingga lumat. Ataupun asah putik jambu batu itu pada buntut pasu.

Setelah itu, sapukan pada dahi anda setiap hari selepas mandi.

Amalkan selama beberapa hari sehingga rasa pening kepala itu hilang.





Selamat Mencuba!

Saturday, June 21, 2008

Inginkan Bentuk Badan Yang Cantik?

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Siapa yang tak mahu kelihatan cantik? Errmmm...pastinya semua individu ingin kelihatan serta memiliki bentuk badan yang cantik dan kekal menarik. Justeru itu, saya akan kongsikan satu petua mencantikkan bentuk badan khusus buat wanita.

Saya selalu terdengar keluhan para ibu bahawa badan mereka menjadi montok selepas melahirkan anak pertama.

Ya, potongan badan memang dah berubah! Tak seperti dulu lagi. :(

Alamak..., macamne ni!

Masalah perubahan bentuk badan yang amat ketara atau bahasa mudahnya "gemuk", sering menghantui si ibu untuk melahirkan anak lagi. :(

Oopss...janganlah begitu, anak-anak merupakan satu pemberian yang tak ternilai dari Yang Maha Kuasa.

Ia merupakan satu amanah dan adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa mendidik dan mengasuh pewaris mereka menjadi insan yang kamil.

Cara penyelesaiannya cukup mudah iaitu:

Kekalkan bentuk badan yang cantik dan langsing dengan memberikan susu badan kepada anak pertama dengan penuh ikhlas.

Sebaik-baiknya, berikanlah susu badan anda kepada anak selama dua tahun.

Hasilnya, dengan keizinanNya anda pasti berpuas hati dengan bentuk badan yang cantik dan tidak berubah walaupun telah melahirkan ramai anak.

Mudahkan? Ya, tentu sekali. :)

Saya yakin dan pasti ramai di kalangan anda telah mengetahui petua sejagat ini. :)

Tapi...berapa ramaikah yang mengamalkannya???

Ops.. Soalan nie saya tak dapat nak jawab. Tanyalah pada diri anda sendiri kerana andalah yang bertanggungjawab terhadapnya. :)





Sekian, terima kasih.

p.s: Jangan lupa kembali ke petua sejagat untuk mengetahui petua-petua lain. :D

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More