Showing posts with label sejarah. Show all posts
Showing posts with label sejarah. Show all posts

Friday, December 21, 2012

Rakyat Malaysia Pertama Dilantik Felo & Pensyarah University Oxford



Subhanallah, moga kita sama2 bawa imej Islam ke persada dunia. Dr Afifi Al Akiti menjadi pensyarah di Universiti Oxford pada usia 34 tahun. 

Beliau anak melayu pertama yang menjadi pensyarah di Universiti Oxford. Latar belakang beliau dari pendidikan asas di Selangor seterusnya ke sekolah pondok di Indonesia, Maghribi dan Syiria. Beliau juga dilantik menjadi imam di Ireland.

Meraih ijazah pertama dalam Bidang Falsafah Nasrani. Beliau juga mampu menguasai 7 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Perancis, Latin, Arab, Inggeris, Jerman, Yunani.  

Mudahan. Ini langkah pertama rakyat Malaysia menjadi Felo Dan Pensyarah di Universiti Oxford. Selepas ini ramai lagi akan menyusulinya

Biodata Afifi al-Akiti : Wikipedia

Wednesday, December 12, 2012

Sejarah KELANTAN Cik Siti Wan Kembang



"Cik Wan Kembang" adalah nama sebenarnya. Gelaran tambahan "siti" adalah diberikan oleh pedagang arab.

FAKTA 
  • Nama asal Cik Wan Kembang
  • Kematian ayah sejak usia empat tahun
  • Raja Kelantan ke enam dari keturunan Sultan Iskandar Shah
  • Menjadi raja dalam usia 30 tahun pada 1610
  • Pusat pemerintahan, Gunung Chinta Wangsa dan Kota Tegayong
  • Tidak berkahwin dan menjadikan Puteri Saadong sebagai anak angkatnya
  • Binatang kesayangan adalah kijang dan menjadikan binatang itu sebagai lambang negeri
  • Memerintah Kelantan selama 67 tahun

Wanita pertama perintah sebuah negeri selama 67 tahun bermula 1610 tidak pernah berkahwin. RAMAI pasti terpinga-pinga atau menggelengkan kepala jika ditanya siapakah Cik Wan Kembang.

Namun bila disebut Cik Siti Wan Kembang, orang pasti mengaitkan nama wanita itu dengan Kelantan hingga menjadi antara nama timangan negeri berkenaan yang turut bergelar Serambi Makkah.

Berdasarkan catatan sejarah, nama sebenar raja keenam memerintah Kelantan dari keturunan Iskandar Shah itu ialah Cik Wan Kembang, yang diberikan ayahandanya, Sultan Ahmad.

Berdasarkan buku ringkasan cerita Kelantan, karangan Datuk Perdana Menteri Paduka Raja, gelaran "Siti" diberikan seorang pedagang Arab yang membahasakan Cik Wan Kembang dengan "Siti".

Ketika mengadap dan berbual dengan Cik Wan Kembang, orang Arab itu membahasakan beliau dengan "Siti" dan panggilan "Siti" itu didengar beberapa orang yang berada di balai mengadap.

Lalu seorang daripada kumpulan itu bertanya apakah erti "Siti" sebelum dijawab pedagang Arab, yang Siti adalah gelaran bagi seorang perempuan yang menjadi tuan atau ketua orang ramai.

Terdapat juga sumber sejarah menyatakan beliau turut digelar panggilan Paduka Cik Siti. Buku sejarah Kelantan karangan Arifin Abdul Rashid, terbitan Pustaka Al-Ahliah (1962), Siti bererti tuan (perempuan) yang layak digelarkan kepada perempuan yang mula-mula menjadi pemerintah sesebuah negeri.

Dalam usia empat tahun, Cik Siti Wan Kembang kehilangan kasih sayang ayah yang mangkat menyebabkan pucuk pemerintahan Kelantan diambil alih Raja Husin. 

Sejarah Pemerintahan 

Sejarah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Kelantan bermula pada 1610. Berdasarkan sumber sejarah tempatan, dalam usia 30 tahun, beliau dilantik sebagai pemerintah Kelantan menggantikan Sultan Hussin.

Beliau bersemayam di Gunung Dang Besar, Hulu Kelantan yang kemudiannya ditukar nama sebagai Gunung Chintawangsa, terletak kira-kira 40 kilometer di tenggara Kuala Krai. Nama gunung itu kekal hingga kini.

Sepanjang pemerintahannya, ramai pedagang dari luar terutama Arab dan China datang berdagang di negerinya membuatkan nama Cik Siti Wan Kembang terkenal.

Walaupun seorang wanita, sebagai pemerintah, Cik Siti Wan Kembang bijak mengatur langkah memastikan negeri di bawah penguasaannya sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Kerana bimbangkan pemerintahan di Gunung Chintawangsa akan diserang, beliau merancang pembinaan sebuah kota pentadbiran baru supaya tidak hanya bergantung kepada satu pusat pemerintahan saja.

Beliau membuat keputusan meninggalkan Gunung Chintawangsa. Dalam pencarian kawasan baru itu, beliau sampai ke hutan yang dipenuhi pokok tegayong. Di situ, beliau membuka Kota Tegayong.

Di kota pentadbiran baru itu, beliau membina sebuah taman bunga sebagai tempat bermain dan bersuka ria yang dinamakan dengan Taman Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayong, yang kini terletak di Kampung Kedai Piah, Pangkal Kalong, Ketereh.

Apabila nama Cik Siti Wan Kembang mula terkenal, rakyatnya yang mendiami Gunung Ayam (berhampiran Sungai Nenggiri, kini Hulu Kelantan), membawa pelbagai persembahan untuk beliau.

Antara persembahan itu ialah seekor anak kijang cantik yang amat dikasihinya. Kerana terlalu sayangkan kijang itu, Cik Siti Wan Kembang menerapkan lambang kijang pada wang emas negeri selain diabadikan pada sebahagian lambang kebesaran Kelantan yang kekal hingga kini.

Kecantikan & Keperawanan

Di sebalik kecantikannya, Cik Siti Wan Kembang tidak bersuami walaupun ramai raja dan anak raja datang meminangnya. Ramai ditolak Cik Siti Wan Kembang dengan alasan tidak terlintas dihatinya untuk bersuami.

Lama kelamaan, keadaan itu membuatkan Cik Siti Wan Kembang berasa kesunyian hidup sendirian. Apabila melihat Puteri Saadong, (Puteri Raja Loyor) ketika mengadap Raja Loyor di Jembal, timbul hasrat mengambil puteri itu sebagai anak angkatnya.

Rundingan di antara Raja Loyor dan permaisurinya berakhir dengan kerelaan mereka menyerahkan Puteri Saadong untuk dijaga Cik Siti Wan Kembang.

Puteri Saadong adalah seorang gadis ayu serta cantik dan digelar penduduk Gunung Chintawangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu sampai kepada pengetahuan maharaja Siam yang menghantar utusan meminangnya tetapi ditolak Cik Siti Wan Kembang.

Menyedari Raja Siam akan menimbulkan masalah berikutan penolakan lamaran itu, Cik Siti Wan Kembang mengahwinkan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah (sepupunya) dari Jembal sebelum dimahkotakan di Kota Tegayong dan kemudian berpindah ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.

Sejarah Cik Siti Wan Kembang berakhir apabila beliau melantik Raja Abdullah dan Puteri Saadong sebagai pemerintah Kelantan.

Selepas pelantikan itu, Cik Siti Wan Kembang kembali semula ke Gunong Chintawangsa, kota pemerintahan awalnya dan selepas itu kisahnya tidak diketahui lagi.

Cik Siti Wan Kembang memerintah Kelantan selama 67 tahun, antara 1610 dan 1677 dengan dua pusat pemerintahan iaitu Kota Tegayong dan Gunung Chintawangsa...

Sunday, October 14, 2012

TAUTAK? - Bila Restoran McDonald's pertama bertapak di Malaysia

Restoran makanan segera yang terkenal di seluruh dunia, McDonald's, telah membuka cawangannya yang pertama di Malaysia pada 1982. Restoran yang beralamat di lot 120-120A, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur itu diuruskan oleh Golden Arches Restaurants Sdn Bhd.
Kalau korang nak tau sempena hari pembukaan yang bersejarah itu, restoran McDonald's Bukit Bintang telah menghadiahkan pelanggannya yang pertama sekali membeli burger Big Mac di Malaysia dengan memberinya satu Big Mac PERCUMA pada setiap minggu selama setahun!

Sumber : TaoTauAjer

Friday, October 12, 2012

GEMPAR! - Angkasawan Pertama ke Bulan Neil Armstrong meninggal dunia

Angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong, manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan meninggal dunia, lapor media AS hari ini.


Beliau berusia 82 tahun. Armstrong menjalani pembedahan jantung awal bulan ini selepas doktor mendapati ada sekatan di pembuluh jantungnya.

Sumber : TaoTauAjer

Thursday, October 11, 2012

WOW! - Fenomena ala Gangnam Style pernah melanda Eropah seawal kurun ke-7

Fenomena tarian kuda yang dibawa oleh penyanyi rap Korea Selatan, Park Jae-sang atau Psy menerusi Gangnam Style bukan perkara baharu, malah pernah berlaku pada kurun ke-7 hingga ke-17 di Eropah.


Menurut Pensyarah Psikologi di Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, Dr. Mohd. Awang Idris, fenomena itu dikenali sebagai dance mania atau wabak menari, choreomania, tarian St. John dan tarian St. Vitus.

Sumber : TaoTauAjer

Wednesday, October 10, 2012

WOW! - Takungan air kuno 3,000 tahun ditemui di Baitulmuqaddis (2 GAMBAR)

Beberapa pakar arkeologi menemui sebuah takungan air kuno di sini yang digunakan oleh jemaah semasa ke kota suci bangsa Yahudi, Temple Mount atau dikenali sebagai Haram Ash-Sharif oleh orang Islam.


RUANG dalam takungan kuno berusia 3,000 tahun yang ditemui di Baitulmuqaddis.

Akhbar MailOnline melaporkan bahawa takungan yang dinamakan cistern itu boleh menyimpan sebanyak 250 kubik meter air.

Sumber : TaoTauAjer

Saturday, October 6, 2012

TAUTAK? - Asal Usul Kenapa Jarum Jam Bergerak Ke Arah Kanan ?

Seperti mana yang kita tau dan yang kita belajar arah jam adalah ke kanan. Tapi dah besar-besar nie pernah tak korang terfikir kenapa jarum jam bergerak kearah kanan dan tidak kearah kiri?


Kalau korang nak tau, pergerakan jarum jam yang kita lihat pada hari ini sebenarnya bermula dari zaman tamadun Mesir purba lagi.

Bangsa Mesir kuno menggunakan pergerakan matahari untuk melakukan pengiraan waktu. Mereka mendirikan sebuah tugu yang disebut obeliks.

Ketika matahari bergerak maka bayangan dari obeliks tersebut juga akan bergerak. Dari pergerakan bayang-bayang itulah mereka mengukur waktu.


Matahari terbit dari timur, sedangkan Mesir berada di belahan dunia bahagian utara maka ketika matahari bergerak bayangan dari tugu obeliks pun bergerak ke arah kanan.

Seandainya Mesir berada di belahan dunia bahagian selatan mungkin kita akan melihat jarum jam bergerak ke arah kiri.

Sumber : TaoTauAjer

Thursday, August 9, 2012

Infographic: Sejarah Ringkas Tentang Hacking

Sejauh mana anda tahu tentang sejarah hacking?

Wednesday, August 8, 2012

Kupi2dulu: Sejarah April Fools (Video)

Dengan kesempatan yang ada (haha), aku tolong promote-kan entry terbaru dari blog kupi2dulu:

April Fools - Jangan Kau dibodohkan secara halus!

Bacalah jika berminat. Sekian.:>

Monday, July 23, 2012

Poster Cool Mengenai Sejarah Dan Keputusan Setiap Piala Dunia (19 Gambar)

Nice.

Mari lihat poster-poster mengenai sejarah menarik dan keputusan setiap Piala Dunia yang diadakan secara ringkas dan padat. Ianya dihasilkan oleh André Fidusi. Aku hanya memahami beberapa ilustrasi di bawah, trutamanya untuk Piala Dunia dari tahun 1998 hingga sekarang. Kerana selepas 9 tahun dilahirkan pada 1998 baru aku ambil tahu pasal Piala Dunia haha.

Pada 1998, Ronaldo merupakan penyerang berbisa Brazil ketika itu telah mengalami kecederaan semasa perlawanan akhir dan kemenangan memihak kepada Perancis. Pada tahun 2002, kecederaan yang dialami Ronaldo sudah pulih dan beliau sekali lagi beraksi dengan baik lagi lincah (haha) dan Piala Dunia dimiliki oleh Brazil pada tahun tersebut.

Pada tahun seterusnya, aku pasti anda juga tahu apa yang telah berlaku :>





















Monday, April 30, 2012

TAU TAK? - #FAKTA Hari buruh 1 Mei dikenali MAY DAY

Selamat Hari Buruh, seperti mana yang kita tau hari buruh disambut di seluruh dunia bukan Malaysia sahaja yang menyambut Hari Pekerja ini tapi pernah tak korang tau dari mana asal usulnya 1 Mei dijadikan sebagai Hari buruh?


Hari Pekerja atau Hari Buruh 1 Mei adalah raya perpaduan dan perjuangan bagi rakyat pekerja seluruh dunia. Untuk meraikan pencapaian ekonomi dan sosial pekerja. Hari Buruh mempunyai asal-usulnya dalam gerakan kesatuan buruh, khususnya demostrasi lapan jam, dimana mereka menuntut hak bekerja 8 jam sehari. Pada ketika itu, hak asasi buruh adalah di tahap yang teruk di mana mereka dipaksa bekerja sehingga 15 jam sehari.

Mari ketahui lagi kisah, tragedi, sejarah dan Fakta tentang 1 Mei hari buruh sedunia di bawah ini....

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More