Showing posts with label construction. Show all posts
Showing posts with label construction. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

WOW: PENCAKAR LANGIT TERTINGGI DI DUNIA BAKAL DIBINA DALAM MASA 90 HARI (2GAMBAR)

Biar betul?

Sky City bakal menjadi bangunan pencakar langit tertinggi di dunia apabila siap nanti. Ianya bakal dibina di bandar Changsa wilayah Hunan, China. Pencakar langit ini berketinggian 838 meter tinggi bakal mengatasi ketinggian Burj Khalifa (828 meter) apabila siap nanti.

Lagi mengagumkan, sebuah syarikat daripada China yang dinamakan Broad Sustainable Building (BSB) akan membina menara ini dalam masa 90 hari. Biar betul? Sebenarnya ini mungkin tidak mustahil untuk dilakukan kerana syarikat BSB juga pernah membuat hotel setinggi 30 tingkat dalam masa 15 hari sahaja.

Menurut Syarikat BSB, jika semua berjalan seperti yang dirancang, mereka akan memulakan pembinaan pencakar langit ini pada November 2012 dan dijangka siap pada Januari 2013. Macam masak mee segera. Kita tunggu dan lihat apakah hasilnya nanti.

P/s: Kalau syarikat ini membina Ultima tower, agak-agak berapa lama boleh siap?




AkuStressGiler

Tuesday, July 24, 2012

Jambatan Anzhaite Tertinggi Dan Terpanjang Di Dunia (8gambar)

Great!

Jambatan gantung Anzhaite yang terletak di wilayah Jishou, Hunan, China, berketinggian 1102 kaki dan sepanjang 3858 kaki sekaligus menjadikannya struktur jambatan tertinggi dan terpanjang di dunia pada ketinggian tersebut.

Pembinaannya dimulakan pada tahun 2007 dan berakhir pada hujung tahun lalu. Pada minggu ini, jambatan ini secara rasminya dibuka kepada kenderaan dan orang ramai. Ianya juga mempunyai lorong khas untuk pejalan kaki menikmati pemandangan Dehang Canyon daripada atas jambatan ini.

Mari lihat baberapa gambar di bawah. Sungguh mengagumkan melihat keberanian pekerja di dalam gambar tersebut! Safety first?-bit*ch please.jpg-









Tibe2Jam6Petang

Monday, July 23, 2012

Stadium Yang Bakal Digunakan Untuk Piala Dunia 2018 Di Russia (16 Gambar)

Cool.

Seperti yang anda tahu, Russia sudah pun memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018. Apa yang menarik mengenai Piala Dunia 2018 nanti ialah, ianya bakal menjadi Piala Dunia pertama yang diadakan di timur Eropah dan juga piala dunia yang pertama di adakan di dua benua iaitu benua Asia dan Eropah.

Di bawah ini adalah rekaan stadium-stadium yang bakal digunakan untuk menganjurkan Piala Dunia kali ke-21 nanti. Ada diantara stadium-stadium ini akan dibina dan yang lainnya akan dibaiki serta diperbaharui daripada stadium sedia ada.

Untuk melihat stadium-stadiun riak dan futuristik, anda juga mungkin ingin melihat entri stadium-stadium yang bakal digunakan pada Piala Dunia 2022 di Qatar. Enjoy!


Stadium in Krasnodar.


Yekaterinburg stadium in Yekaterinburg.


Luzhniki Stadium in Moscow.


Stadium in Nizhny Novgorod.


Stadium in Kaliningrad.


Stadium in Sochi.


Stadium in Yaroslavl.


Stadium in Samara.


Stadium in Volgograd.


Stadium in Kazan.


Region Stadium in Moscow.


Proposed stadium in Rostov-on-Don.


Stadium in St Petersburg.


Dynamo Stadium in Moscow.


Spartak Stadium in Moscow.


Stadium in Saransk.

Stadium Yang Bakal Digunakan Untuk Piala Dunia 2022 Di Qatar (12 Gambar)

Riak dan futuristik!

Dalam entri sebelum ini, aku ada paparkan stadium-stadium yang bakal digunakan pada Piala Dunia 2018 di Russia. Sekarang mari lihat pula rekabentuk stadium Piala Dunia kali ke 22 yang bakal diadakan di Qatar pada tahun 2022.

Kalau Russia menjadi penganjur pertama Piala Dunia yang diadakan di dua benua, Qatar pula menjadi negara Arab pertama yang menganjurkan acara ini. Seperti biasa, Qatar memang terkenal dengan rekabentuk bangunan yang futuristik pada masa ini dan mari lihat stadium-stadium bolasepak pada masa hadapan!


Doha Port Stadium in Doha. To be built. Expected capacity: 44,950.


Umm Slal Stadium in Umm Slal. To be built. Expected capacity 45,120.


Al-Khor Stadium in Al-Khor. To be built. Expected capacity: 45,330.


Education City Stadium in Al-Rayyan. To be built. Expected capacity 45,350.


Lusail Iconic Stadium in Al-Daayen. To be built. expected capacity 86,250.


Sports City Stadium in Doha. To be built. Expected capacity 47,560.


Qatar University Stadium in Doha. To be built. Expected capacity 43,520.


Al-Gharrafa Stadium in Al-Rayyan. Major renovation. Expected capacity: 44,740.


Al-Rayyan Stadium in Al-Rayyan. Major renovation. Expected capacity 44,740.


Al-Shamal Stadium in Al-Shamal. To be built. Expected capacity: 45,120.


Al-Wakrah Stadium in Al-Wakrah. To be built. Expected capacity 45,120.


Khalifa International Satdium in Al-Rayyan. Major renovation. Expected capacity 68,030.

Tibe2Jam6Petang 

Saturday, July 21, 2012

Struktur Menara Lego Paling Tinggi Di Dunia (6 Gambar)

Nice!

Tahukah anda, Lego Group diasaskan oleh Ole Kirk Christiansen, seorang tukang kayu yang berasal daripada Billund, Denmark. Asal perkataan LEGO adalah daripada perkataan Denmark, "leg godt" yang bererti "play-well". Untuk meraikan ulangtahun ke-80 Lego Group, sebuah menara Lego yang tertinggi di dunia didirikan berdekatan dengan stadium Olimpik Seoul di Korea Selatan.

Menggunakan sebanyak 500 000 buah Lego yang disusun oleh 4000 kanak-kanak, ianya dibina setinggi 31.9 meter sekaligus mengalahkan rekod sebelum ini yang pernah dibuat di Perancis setinggi 30 meter. Lego terakhir untuk menara ini disempurnakan sendiri oleh Prince Frederik, iaitu putera mahkota Denmark.






Tibe2Jam6Petang  

Hotel Di Bawah Permukaan Laut (5 Gambar)

Rebakebtuk hotel yang menarik.

The Water Discus Hotel adalah sebuah hotel dengan rekabentuk seperti kapal angkasa bakal dibina di Dubai. Rekabentuknya direka oleh firma Deep Ocean Technology.

Hotel ini mempunyai dua bahagian utama iaitu satu bahagian di atas permukaan laut dan satu bahagian lagi berada 10 meter bawah permukaan laut. Bahagian yang terletak bawah laut ini akan mempunyai 21 bilik yang dibina dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi.











Tibe2Jam6Petang  

Wednesday, July 18, 2012

Klasik: Gambar Pembinaan Menara Eiffel Di Paris Pada Tahun 1889 (9 Gambar)

Lagi info.

Mari lihat gambar-gambar pembinaan salah satu struktur paling terkenal di dunia yang merupakan mercu tanda negara Perancis. Menara Eiffel juga dikenali sebagai La dame de fer (The iron lady) terletak di tepi Sungai Seine dan berdekatan dengan Champ de Mars di Paris.

Menara ini setinggi 325 meter (setinggi bangunan 81 tingkat) dinamakan sempena jututera yang membinanya, Gustave Eiffel pada tahun 1989 dan sempat memegang rekod sebagai struktur buatan manusia tertinggi di dunia selama 41 tahun sebelum Bangunan Chrysler di New York City siap dibina pada tahun 1930.

Namun disebabkan penambahan antena di puncak menara ini pada tahun 1957, ianya kembali mengatasi ketinggian bangunan Bangunan Chrysler. Menara Eiffel juga merupakan struktur kedua tertinggi di Perancis selepas jambatan Millau Viaduct.










Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More