Showing posts with label Inside Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Inside Malaysia. Show all posts

Tuesday, October 9, 2012

Kenapa ramai sangat orang hilang sekarang ni?


Walaupun polis cuba kata "ketakutan ini datang sebab pengaruh media sosial" tapi bila difikir2 kan balik, satu masa dulu, ada berapa cara aje nak inform orang ramai pasal kes orang hilang..paper,kotak susu,tv, macam mana nak sebarkan maklumat orang hilang pakai radio?

Jadi aku rasa tak perlulah dipersalahkan media sosial kerana memperbesarkan cerita2 orang hilang kerana faedah dia jauh lagi besar berbanding persepsi negatif yang akan timbul. Awareness untuk memastikan masyarakat sedar tu sangat berguna.


Tapi, bagaimanapun, dalam hal yang tidak berkaitan dengan kes di atas, yang peliknya...kenapa ramai sangat gadis yang hilang sebab ikut boifren? Kacak2 sangat ke boifren diorang ni sampai sanggup lari tinggal mak bapak?

Kenapa selalunya bila keluar gambar boifren, muka macam mat rempit? Maksud aku, kalau nak lari sangat ikut boifren, ikutlah boifren yang hensem sket, ni balik2 muka mintak penampar. At least reputasi sebagai gadis kenalah jaga. Takkan kau nak orang tau kau mempunyai bad taste in man?

Sumber : BeritaCeritaDunia

10 INSAN HEBAT DI MALAYSIA

10 insan hebat di Malaysia. Sebenarnya negara kita Malaysia ramai melahirkan insan-insan terhebat.

Mereka tampil mewakili semangat harimau yang sentiasa ada dalam diri masing-masing. 

Kehebatan mereka dalam bidang masing-masing dan tampil dengan penuh jati diri sebagai rakyat Malaysia.


Ustaz Azhar Idrus




Tun Dr. Mahathir




Tan Sri Robert Kuok Hock Nien




Tony Fernandes




Dr. Syeikh Muzaffar




Chef Wan




Dr. Irfan Khairy




Lee Chong Wei




Nicol Ann David




Salleh Yaacob

Wednesday, October 3, 2012

6 Trend Ramadhan Masyarakat Melayu Yang Ganjil

 

Tiap2 kali bulan Ramadhan ni..akan bermula la bermacam trend. Trend-trend ni HANYA akan muncul di bulan Ramadhan.Kenapa? Aku tak tau. Susah nak explain tabiat orang Melayu...

1. Trend Wanita Bertudung Sebulan Sekali

Ni lah antara trend yang kelako. Masuk aje bulan puasa, dengan tiba-tiba, yang tak bertudung, pakai selendang. Yang free hair tiba-tiba pakai tudung. Tapi habis aje bulan Ramadhan...selendang simpan balik dalam almari. Tak basuh. Boleh pakai terus tahun depan punya Ramadhan.

Mungkin explanation kenapa benda tu terjadi kita boleh nampak kat masjid. Ada perasan, kalau kau pegi masjid, mesti ada signboard bergambar "Ini Zon Menutup Aurat." Kalau signboard tu untuk orang bukan Islam..tak apa. Tapi masalahnya gambarajah dekat sign tu..gambar perempuan berbaju kurung tak bertudung dengan logo pangkah besar2. Apa kebenda?

2. Trend Berhenti Buat Maksiat Untuk Sebulan

Ada orang macam ni dan orang macam ni wujud. Daripada bulan Syawal sampai bulan Syaaban, dia pegi disko. Tapi bila tiba aje Ramadhan, dia tak nak pegi disko. Kalau sebelum tu kerja dia nak dating sambil ringan2 dengan awek, Ramadhan aje dia stop. Dengar aje takbir Raya...habis solat pagi Raya..call awek, ajak ringan2. "Ayang..dah 1 Syawal. Kita boleh ringan2 balik tanpa rasa bersalah!"

3. Trend Berbelanja di Luar Kemampuan Ketika Ramadhan

Selama ni aku ingat isteri menarik muka masam sebab sofa kat rumah tak diganti baru atau langsir tak update design latest hanya berlaku dalam drama. Tapi bila benda tu dah terjadi dekat kawan aku dan dia terpaksa save duit kaw2 sebab tak nak isteri dia masam, itu menunjukkan walaupun tagline Ramadhan adalah bulan rahmat..lebih ramai yang assume time Ramadhan adalah time untuk jadi lahanat

4. Trend Artis dan Selebriti Beramal

Banyak orang buat jamuan anak yatim time ni. Tapi yang peliknya, antara bulan Syawal ke bulan Syaaban, kenapa tak ramai yang nak meraikan anak yatim time tu? Adakah sebab Ramadhan adalah satu2 nya bulan di mana kalau kau perlu push diri kau untuk buat kebaikan? Atau anak2 yatim hanya memerlukan kebahagiaan di bulan Ramadhan? Atau mungkin...kalau buat bulan lain, promosi diri kurang?

5. Trend Televisyen Semua Tiba-Tiba Bertukar Jadi "Separa Alim"

Kau bukak TV pada bulan Ramadhan, dengan tiba-tiba magically..semua rancangan penuh dengan unsur2 Islamik dan nilai pengajaran. Drama pun penuh dengan kisah teladan yang menggunakan agama sebagai dasar. Dengan tiba-tiba wajah2 bersongkok, berkopiah, bertudung labuh memenuhi kaca TV. Wajah2 seksi dan gedik jadi berkurangan. Ceramah banyak, perbincangan agama banyak, bacaan ayat2 pun banyak.

Dan fenomena ini akan berterusan..sehinggalah sampai seminggu lepas Syawal. Dan slowly, imej2 itu akan digantikan dengan visual biasa...

6. Trend Majalah Hiburan Pun Jadi Alim Sebab Ada Edisi Ramadhan

Daripada bertukarnya media televisyen menjadi separa alim...perubahan itu juga akan jatuh sedikit kepada media cetak yang kerjanya 24 jam mensensasikan berita2 hiburan. Cover depan Pancaindera ada gadis bertudung, URTV ada sekumpulan lelaki dan perempuan pakai baju raya...even majalah haram mughallazah iaitu Mangga pun letak gambar perempuan berbaju kurung dekat cover dia siap keluarkan cerita pasal pengalaman artis berpuasa...

Semua itu berlaku dalam sebulan Ramadhan. Dalam setahun..ada sebulan orang Melayu ingat Tuhan dan kita gunakan sebulan itu sebaik m
ungkin. Tahniah. Sudah pasti segala amalan yang kita buat dan segala kemungkaran yang kita jauhi dalam Ramadhan akan menjadi bekalan yang cukup untuk sepanjang tahun.

Kenapa perlu kerja setahun kalau boleh kumpul simpanan untuk setahun dalam sebulan? Work smart babeh!

Sunday, September 9, 2012

Pengawal Peribadi Anwar Ibrahim Acu Pistol Pada Orang Awam?


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan isu pengawal peribadinya yang didakwa mengeluarkan sepucuk senjata api dalam satu insiden di Jasin, Melaka semalam untuk siasatan polis.


VIDEO: Pengawal Peribadi Acu Pistol, Anwar Serah Pada Polis

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini, Anwar berkata pengawal peribadinya itu memberitahunya bahawa lelaki berkenaan bertindak demikian kerana diancam individu yang menggangu dan menyekat bas PKR dalam insiden tersebut.

Anwar berkata, pengawal peribadinya itu berpendirian bahawa tindakan itu mengikut garis panduan dan beliau menerima ancaman.



“Saya serahkan kepada polis,” katanya yang menambah, isunya adalah untuk memastikan bahawa pengawal peribadinya itu bertindak untuk mempertahankan diri dan mengikut garis panduan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di satu majlis rumah terbuka PKR di Pantai Dalam pagi ini.

Laporan edisi bahasa Mandarin NTV7 semalam menyebut, dua polis berpakaian preman bertindak ke atas pengawal peribadi Anwar itu dan memaksa senjata api tersebut dimasukkan semula ke sarungnya.

Pegawal peribadi itu kemudiannya ditahan. 

 
Anwar menegaskan bahawa senjata api yang digunakan pengawal peribadinya itu berlesen.

Kejadian itu berlaku apabila bas yang digunakan PKR untuk kempen Jelajah Merdeka Rakyat disekat oleh kira-kira 20 orang berhampiran kawasan Kampung Rim.

Bas tersebut juga disimbah dengan cat merah.


Sumber

Monday, September 3, 2012

Wanita cemas kereta terbakar


Reaksi Umi selepas melihat kenderaannya terbakar ketika melalui jejambat Jalan Tun Razak dekat bulatan Loke Yew semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita nyaris maut apabila kenderaan jenis Mitsubishi Storm yang dipandunya terbakar di atas jejambat Jalan Tun Razak berhampiran bulatan Loke Yew di sini semalam.

Kejadian mencemaskan pukul 11 pagi itu berlaku ketika wanita berusia 26 tahun yang dikenali sebagai Umi memberhentikan kenderaan berkenaan selepas enjinnya terhenti secara tiba-tiba.

Pekerja di sebuah syarikat swasta itu kemudian cuba menghidupkan kenderaannya tetapi gagal sebelum anggota polis yang tiba selepas menerima aduan kesesakan jalan membantunya untuk menolak kenderaan itu ke tepi.

Tanpa disangka, kenderaan itu terus disambar api di bahagian enjin sebelum wanita itu bergegas keluar sebaik melihat api tersebut.

Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras yang menerima maklumat pada pukul 11.08 pagi bergegas ke tempat kejadian untuk memadam kebakaran tersebut.

Jurucakap bomba memberitahu, pihaknya mengambil masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk mengawal kebakaran itu namun kenderaan itu telah terbakar sepenuhnya ketika mereka tiba.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More