Showing posts with label Mayat. Show all posts
Showing posts with label Mayat. Show all posts

Wednesday, December 19, 2012

Misteri Mayat Berat di Kota Tinggi



KOTA TINGGI: Keanehan berlaku ketika pihak berkuasa menguruskan sembilan mangsa bot karam di Perairan Teluk C berhampiran Bandar Penawar, di sini, malam kelmarin apabila mayat mereka gagal diangkat kerana terlalu berat.

Walaupun lima orang dewasa berusaha mengangkat satu mayat, usaha mereka tetap gagal dan keadaan hanya berubah selepas seorang ustaz dipanggil untuk membantu.

Sumber polis berkata, selain keadaan mayat yang berat, berlaku satu lagi keanehan apabila pacuan empat roda polis secara tiba-tiba tersekat di kawasan berpasir dan tidak boleh bergerak menyebabkan usaha membawa mayat ke hospital bertambah sukar.

Menurutnya, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam berkaitan penemuan mayat terdampar di kawasan itu kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.

“Semua mangsa dipercayai penumpang sebuah bot pancung yang membawa lebih 15 pendatang tanpa izin warga Indonesia yang bertolak dari Bandar Penawar melalui laluan tikus untuk pulang ke negara asal mereka -Harian Metro

Apa dah Jadi Mayat bogel dalam kebun



JELEBU - Keseronokan dua beradik mengutip buah rambutan berhampiran sebuah kebun getah di Jalan Simpang Pertang-Pasoh di sini bertukar pilu apabila terjumpa mayat bapa saudara mereka, pagi semalam.

Mangsa, Alit Sidek, 50, ditemui dalam keadaan bogel dan tertiarap berhampiran pondok di kebun itu. Saudara terdekat mangsa, Jamaludin Yahya, 57, berkata, dua anak saudaranya yang berumur 14 dan 18 tahun datang ke kebun berkenaan bersama seekor anjing peliharaan untuk mengutip buah rambutan kira-kira jam 11 pagi.

“Sebelum mengutip buah rambutan, mereka agak hairan kerana kelibat Alit tidak kelihatan, yang ada cuma basikalnya. Biasanya dia akan tidur di pondok dalam kebun itu agar mudah untuk menoreh getah keesokan harinya. “Anjing yang mereka bawa juga kelihatan resah dan hanya mundarmandir di kawasan berhampiran.

Mereka terkejut apabila ternampak sekujur tubuh tidak bernyawa,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Jamaludin berkata, kedua-dua remaja itu kemudian bergegas memaklumkan hal tersebut kepadanya dan mereka segera membuat laporan di Balai Polis Simpang Pertang.

Sementara itu, sumber polis berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai sudah meninggal dunia lebih kurang dua hari. “Mangsa merupakan masyarakat Orang Asli yang menetap di Kampung Asli Batu 17, Simpang Pertang di sini.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Klawang, Jelebu untuk bedah siasat. Setakat ini punca kematian masih belum diketahui,” katanya. Wartawan difahamkan, mangsa belum berkahwin dan merupakan anak sulung daripada empat beradik.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis daerah Jelebu, Asisten Superintendan A Yuvaraj ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan. - Lapor Sinarharian

Sunday, November 4, 2012

SERAM! - Lebih 200 Mayat Terbiar Pendaki Gunung Everest (8 Gambar)

Mt.Everest mempunyai kira-kira 200 mayat di atas gunung tersebut. Ini adalah perkara yang mungkin korang tak pernah tahu. Ia adalah hampir mustahil untuk untuk di alihkan dari gunung tersebut. Kebanyakan mayat-,mayat tersebut berada dalam kedudukan yang sama mereka apabila mereka mati. 


Mayat sempurna dipelihara ini kerana akan persekitaran tersebut yang sangat sejuk. Di sepanjang laluan sehingga ke kemuncak gunung tersebut pendaki sememangnya akan melalui mayat-mayat ini. Terdapat mayat-mayat yang berumur lebih 50 tahun yang kelihatan seperti mereka baru mati dan diletakkan di situ semalam.

Sumber : TaoTauAjer

Saturday, November 3, 2012

OMG! - Berhubungan SEKS dengan Mayat dilegalkan di Mesir

Mesir Legalkan Necrophilia?? Berita ekstreme kali ini akan membahas soal penyimpangan seks yang benar benar unik. Di mesir kes berhubungan seks @ bersetubuh dengan mayat akan segera dilegalkan asal jenazah meninggalnya belum lebih dari 6 jam dan peraturan itu juga khusus untuk jenazah pasangan (suami atau istri yang sah) kalau dipikir secara logik memangnya ada ya orang yang masih berhasrat untuk melakukan hubungan suami istri 6 jam setelah pasangannya meninggal dunia?


Apabila kelak rancangan peraturan tersebut disahkan, maka diperkirakan akan muncul ketidakadilan. Seorang laki-laki mungkin tidak akan mengalami kesulitan untuk menyetubuhi jenazah istrinya, namun perempuan dipastikan akan kesulitan karena jenazah suami tidak mungkin mengalai sebarang tindakbalas.

Sumber : TaoTauAjer

Tuesday, October 30, 2012

SADIS! - Kisah Nelayan Pemburu Mayat di Sungai (3 GAMBAR)

Pekerjaan yang dilakukan seorang nelayan di China ini tao rasa paling aneh di dunia. Wei Xinpeng, nama lelaki tersebut dimana beliau, biasanya memburu mayat di Sungai Kuning. Wei, kerap kali memulai harinya dengan bertengong sambil merokok di tepi sungai.


Matanya mengamati air Sungai Kuning yang keruh. Dia yakin, sungai itu pasti selalu menyimpan mayat manusia, entah mati kemalangan, dibunuh, ataupun bunuh diri.

Ikuti lagi kisah seorang pemburu mayat di sungai ini lagi di bawah...

Sumber : TaoTauAjer

Wednesday, October 10, 2012

PELIK! - Mayat ini mati bersama kondom Emas (3 GAMBAR)

Mayat ini mati bersama kondom Emas dan banyak koleksi emas yang terdapat pada tubuh mayat ini. Mayat yang di semadi ini adalah datangnya dari Budaya Varna yang wujud di Bulgaria sekitar 4400 SM - 4100 SM


Mereka menguburkan rakyat mereka, atau sekurang-kurangnya sebahagian daripada mereka dengan sekumpulan keseluruhan emas.

Sumber : TaoTauAjer

Saturday, October 6, 2012

OMG! - Simpan Mayat Anak dalam Peti Ais kerana Rindu (5 GAMBAR)

Kerana terlalu sedih dengan kematian anak lelaki mereka yang berusia 18 tahun, kira-kira enam tahun lalu, sepasang suami isteri di Chongqing menyimpan mayat anak mereka itu dalam peti sejuk sejak hari kematiannya.


Dengan berbuat demikian, Tian Xueming dan isterinya dapat merasakan Qinyuan masih hidup dan tidak pernah meninggalkan mereka. Bagi memastikan mayat itu terpelihara, ia diletakkan dalam peti sejuk dan untuk mengelak bekalan elektrik terputus, Xueming memasang generator tambahan.

Sumber : TaoTauAjer

Sunday, September 30, 2012

Nasihat kubur - Luangkan masa 2 minit membacanya


Nasihat Kubur:

Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dgn TAHAJUD.

Aku adalah tempat yang paling sempit, maka LUASKAN aku dengan ber SILATURAHIM.|

Aku adalah tempat yang paling sepi maka RAMAIkanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH

Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA..

Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"...

Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya." (Surah Ali Imran 3:185) -n.i-

Saturday, September 29, 2012

Jenazah Berubah Menjadi Babi Hutan


Seorang anak mendatangi Rasulullah sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah S.A.W yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain."Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu.Segeralah Rasulullah memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah S.A.W.Maka datanglah sendiri Rasulullah S.A.W ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Nabi menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan.Melihat kejadian itu, Rasulullah menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya."Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."

Friday, September 28, 2012

Tidak Akan Hancur 10 Golongan Mayat Ini.


Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun 'UMUR AKHIRAT' dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya sahabat kepada Rasulullah SAW : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'. "Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku. Disebutkan oleh hadith Rasulullah SAW bahawa Sepuluh Golongan yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:

segala Nabi

Orang Yang Berperang Kerana Allah (Jihad)

Orang Alim (Ahli ulama' Yang Diredhai oleh Allah)

Orang Yang Mati Shahid (mati ketika berperang menegakkan Islam)

Orang yang Menanggung Al-Quran (Orang yang Menghafal ayat-ayat Al-Quran)

Raja Yang Adil

Tukang Azan (Bilal yang azan selama 12 tahun harus masuk Syurga)

Orang yang mati Ketika Nifas (orang yang mati bersalin)-> Kelebihan para Ibu

Orang yang dibunuh dengan zalim

Orang yang mati Hari Jumaat @ malamnya (jumaat)

Sekadar Renungan Bersama.

I Love Islam

Monday, September 10, 2012

Mayat Bangun Dari Kubur


Jika Nauf boleh menghidupkan kuda milik Birdlaun milik Raja Faris atas izin Allah, maka Nabi Isa boleh menghidupkan orang yang sudah mati atas izin Allah juga. Itulah mukjizat yang diberikan Allah kepada hamba-Nya untuk menunjukkan kebesarannya.Tapi dasar orang kafir, walaupun Nabi Isa boleh menunjukkan mukjizat menghidupkan orang yang sudah mati, mereka masih menyangkalnya. "Sesungguhnya engkau hanya dapat menghidupkan mayat yang baru yang ada kemungkinan memang belum mati benar. Cuba kau hidupkan mayat-mayat terdahulu jika kau boleh." Ujar mereka. Merasa ditentang kaumnya, Nabi Isa lalu berkata : "Silakan pilih mayat sekehendakmu," jawabnya."Cuba hidupkan Sam dan Nuh," kata mereka.Kemudian Nabi Isa pergi ke makam Sam dan Nuh. Setelah bersembahyang di atas kuburnya, Isa berdoa kepada Allah meminta Allah menghidupkan mayat itu. Atas kekuasaan Allah kedua mayat yang sudah lama meninggal it bangkit kembali dari kuburnya. Rambut di kepala dan rambutnya sudah memutih.Begitu melihat keduanya hidup kembali, Isa bertanya, "Mengapa rambutmu sudah memutih semacam itu,". Keduanya lalu menjawab bahawa mendengar panggilan Isa, ia mengira hari kiamat sudah tiba. "Berapa lama kau sudah meninggal?" tanya Isa. "Empat ribu tahun, tetapi sampai sekarang belum hilang rasa sakit matiku." Jawabnya.Melihat mukjizat Allah, berimanlah semula orang-orang yang kafir itu.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More